in , ,

[Gambar] Ulasan Konsert WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KL

Kunjungan kumpulan K-pop WINNER ke negara ini ternyata mencetuskan fenomena dan ‘histeria’ dalam kalangan peminat tempatan. Ikuti ulasan sekitar konsert WINNER di Malaysia.

Sehari selepas kunjungan iKON, maka giliran WINNER pula buat persembahan. Pada 14 Oktober 2018, menjadi tanggal bersejarah yang manis buat peminat muzik Korea di mana lebih kurang 6500 peminat telah membanjiri Stadium Malawati Shah Alam untuk hadir menonton persembahan di WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR.

Untitled

Seramai 6500 Peminat Membanjiri Lokasi Konsert

Kiranya penuh jugak Stadium Malawati pada petang tu dan yang penting, konsert berjalan dengan lancar sekali. Hanya beza 500 orang je dengan penonton masa iKON. Kira gempak jugak la WINNER ni walaupun nama mereka tak berapa nak naik.

Konsert kali ini merupakan pertemuan pertama WINNER di mana mereka menjejakkan kaki untuk bertemu mata dengan peminat mereka yang merindui buah tangan terbaharu. Ternyata sebuah persembahan yang ditonjolkan sangat mantap dan gempak sekali.

WINNER dianggotai oleh empat ahli iaitu Jinwoo, Seunghoon, Mino dan Seungyoon.

Persembahan penuh energetik dengan paduan vokal memukau turut membuktikan bakat yang dimiliki empat jejaka yang membarisi kumpulan itu.

Untitled

Terima Kasih MacpiePro

Kunjungan WINNER yang dibawa khas oleh MacpiePro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajahan mereka.

Seawal pukul tiga petang sahaja, ribuan peminat pelbagai lapisan usia mula membanjiri perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam.

Persembahan mereka bermula jam 6.30 petang disambut dengan sorakan dari peminat.

Untitled

Mereka juga sangat bagus dalam berkomunikasi dengan peminat biarpun ada di antara mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Namun sewaktu membuat ucapan di penghujung konsert, mereka telah menyediakan skrip di monitor kerana mereka benar-benar mahu memberikan ucapan yang ikhlas kepada peminat mereka di Malaysia.

Trending di Laman Sosial

Malah, kehadiran WINNER ke negara ini turut menjadi trending di laman sosial dengan ribuan kiriman tweet, foto dan video.

Sewaktu selingan antara lagu, mereka turut bercerita mengenai pengalaman mereka ke negara ini.

Seung-yoon dalam ucapan ringkasnya berkata, ahli kumpulan itu sempat merasai hidangan tempatan seperti sate dan nasi lemak di hotel penginapan mereka.

Untitled

Sepanjang 2 jam konsert berlangsung, Winner telah menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuklah lagu-lagu popular mereka seperti Love Me Love Me, Really Really, Lala, Island dan banyak lagi.

Berikut antara lagu yang mengegarkan Stadium Malawati Shah Alam:

1.Empty
2.AIR
3.Hello
4.Everyday
5.Body+Turn off the light -Mino
6.Untitled – Jinu
7. It rains+All of me+Instinctively -Yoon
8. Serenade+RingaLinga -Hoony
9.We Were
10. For
11.Raining
12 .Movie Star
13.Immature
14.love Me Love Me
15.Special Night
16.Island
17.Really Really
18.Lala
Encore
19.don’t flirt
20.Luxury
21.Really Really
22.Everyday (remix)

Untitled

Lebih menarik, mereka sempat berkongsi tentang makanan kegemaran mereka di Malaysia yang dirasai di hotel seperti Satay, Mee Goreng dan Nasi Lemak.

Mereka juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dalam bahasa Malaysia dan juga mengucapkan Aku Cinta Padamu.

Malah Mino yang merupakan seorang rapper sempat menyanyikan Aku Cinta Padamu dalam versi rap sehingga peminat di seluruh stadium bersorak.

Suasana di dalam stadium sangat ‘happening’ dan berwarna-warni dengan permainan teknik lampu yang sangat gah.

Di pertengahan konsert, mereka sempat menayang video cerita pendek lakonan mereka sendiri yang sangat lucu dan menghiburkan.

Tidak keterlaluan, seorang peminat yang ditemui menyifatkan konsert itu sebagai konsert terbaik yang pernah dihadirinya, setakat ini.

Selepas Jepun, Taiwan dan Malaysia, konsert WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR akan diteruskan ke Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Hong Kong.

WINNER bernaung di bawah pengurusan syarikat hiburan gergasi, YG Entertainment bersama kumpulan iKON, BigBang, 2NE1 dan BlackPink.

Ramai peminat meminta agar penganjur MacpiePro membawa terbang lagi kumpulan WINNER seperti ini di masa akan datang.

Kredit Foto: YG ENTERTAINMENT

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 

Telemovie KAU, AKU HANTU RAYA Lakonan Syafie Naswip