WALI BAND BAKAL GEGARKAN JOHOR BAHRU.
“Pengumuman…pengumuman…” itulah antara bait-bait lagu ‘Cari Jodoh’ yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ini. Lagu dari kumpulan Wali ini cukup popular bukan sahaja di negara mereka tetapi juga di Malaysia.
Untuk itu, pada Sabtu, 3hb April 2010, bertempat di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, akan berlangsung konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali yang akan mendendangkan lagu-lagu popular seperti Yank, Baik-Baik Sahaja, Orang Bilang, Taubat Maksiat dan banyak lagi.
Menurut Azman Miskon, dari Special Appearance Sdn Bhd, selalu penganjur utama berkata, pemilihan Wali untuk persembahan konsert di Johor Bahru disebabkan lagu-lagu yang dibawa oleh mereka mempunyai mesej yang baik.
“Selain itu, latarbelakang ahli kumpulan ini yang mendapat pendidikan agama adalah menjadi kriteria membawa mereka masuk ke sini,” ujarnya lagi, “Antara faktor lain pula ialah lagu-lagu mereka sering mendapat perhatian peminat, jadi kami merasakan adalah wajar untuk peminat-peminat di sini merasai sendiri keseronokkan persembahan Wali,” ulas Azman.
Kedatangan Wali ke Malaysia bukanlah kali pertama, sebelum ini sebuah syarikat telekomunikasi telah menganjurkan konsert Wali dan dihadiri lebih 9000 peminat-peminat yang membanjiri Stadium Negara.
Menurut penganjur, mereka menjangka seramai 20,000 orang penonton akan membanjiri Stadium Larkin pada malam berkenaan. Dengan kedudukan Johor Bahru, berhampiran dengan Singapura juga Kepulauan Batam, angka ini tidak mustahil dapat dipenuhi.
Bagi peminat-peminat Wali, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan yang cukup ‘in’ sekarang, Wali, yang akan mengegarkan Johor Baharu pada 3hb April nanti. Jom kita mencari jodoh.
Tiket-tiket berharga RM 35, RM 55 dan RM 85, untuk menyaksikan konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali, sudah mula dijual di cawangan ticket2u di sekitar Johor juga boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 – 4149 8600.