Setelah kejayaan luar jangkaan dan memberangsangkan konsert ‘Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ pada November lalu yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, syarikat penganjur konsert yang kian menempa nama, Orange International kembali dengan hiburan seterusnya khusus buat orang Pulau Pinang, ‘KONSERT WALI “CARI JODOH†& “DAWAI†IN PENANG’ yang turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar pada 3 Februari 2024 ini, bermula 8:30 malam, bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.
Menurut Dato’ Mohd Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, “Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International (OI) terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.
“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, OI sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang.
Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 merupakan salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu yang sering menghasilkan hit-hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.
Tambah Dato’ Fadzli, “Selain Wali Band, turut ditampilkan, penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang viral dengan lagu ‘Dawai’, dan ini merupakan kemunculan pertamanya di Malaysia, selain artis-artis terkenal tanah air seperti Saixse dan juga Khai Bahar.
Konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu kesemuanya bergantung permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang diwar-warkan kerajaan.
Kata Dato’ Fadzli lagi, “Kami menggalakan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada malam konsert tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools.
“Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal dibawakan.
Tiket-tiket ke KONSERT WALI “CARI JODOH†& “DAWAI†IN PENANG boleh didapati di ticket2u.com.my/walipenang atau talian hotline +6011-1133 7638.Â