Kumpulan Ungu dari Indonesia bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Konsert UNGU “Tercipta Untukku†dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. Dijangkakan seramai 9000 orang penonton dan peminat Ungu akan hadir di konsert ini.
[pullquote align=”right”]Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis/Guitaris), Makki (bass), Enda (guitaris), Onci (guitaris) dan Rowman (drummer). Setelah mengharungi pelbagai rintangan, pada tahun 2002 UNGU telah mengeluarkan album pertama mereka bertajuk LAGUKU yang menyelitkan dua buah lagu iaitu “Hasrat†dan “Bungaâ€.[/pullquote]
Mereka juga telah mengeluarkan album yang bertajuk “Melayang†yang menampilkan lagu “Demi Waktu†sebagai lagu hits dan seterusnya merangkul anugerah double platinum di Indonesia dan menembusi pasaran tanah air melalui syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC). Dari situlah mereka berjaya menempatkan nama dihati peminat menerusi lagu-lagu seperti “Andai Kutahuâ€, “Tercipta Untukku†,“Kekasih Gelapkuâ€, “Cinta Dalam Hatiâ€. Pada tahun 2013 pula mereka mengeluarkan single terbaru bertajuk “Bila Tiba†yang kini sudah pun dimainkan di corong-corong radio.
Anugerah yang pernah dirangkul oleh UNGU adalah “Album Religi†“Lagu Paling Ngetop†“Video Klip Paling Ngetop†menerusi lagu “Andai Kutahuâ€, dan “Album Pop Rock Duo / Kumpulan†untuk lagu “Tercipta Untukku di dalam “SCTV Music Award 2007â€.
Menurut Fendi Hassan, Pengerusi E & F Event Resources dan Hadi, Pengerusi Offshore Entertainment Production:
“Konsert ini adalah bersempena tahun melawat Malaysia, jadi kami memilih UNGU kerana melihat kepada sambutan kedatangan mereka pada tahun 2012 yang cukup memberangsangkan, kami berharap agar pelancong-pelancong dari negara jiran dapat bersama-sama menyaksikan UNGU secara “live†di Malaysia.”
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138, RM188 dan RM238.