Konsert akhir tahun ntv7 – Konsert Star Live 2009 telah berlangsung dengan penuh glamor dan bergaya!
Berjaya mencatat rekod membanggakan dengan mengumpul lebih dari 60,000 orang ramai, mereka yang hadir di Car Park A, Stadium Bukit Jalil dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam dikejutkan dengan kemunculan 12 orang bintang ternama termasuklah bintang antarabangsa – Richie Ren dan Kelly Chen.
Bertemakan warna merah, ia dihangatkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi – Valen Tsu, Alex Fong, Vangie Tang dan Jade Liu Li Yang, bersama-sama bintang tempatan, Eric Lim, Suki, Yise Loh, Shi Xin Hui, Amy Wang serta Kay.
Lebih menarik, Konsert Star Live 2009 turut bersiaran SECARA LANGSUNG di ntv7 selama 3 jam tanpa henti, khas untuk penonton di rumah!
Dihoskan oleh Air Tan, personaliti ntv7 dan Cheryl Lee, penyampai radio ternama 988 FM, Konsert Star Live 2009 dimulakan dengan nyanyian merdu penyanyi dan pelakon terkenal Taiwan – Richie Ren yang mendendangkan lagunya yang dikenali seantero Asia – ‘Lang Hua Yi Duo Duo’ dan ‘Xin Tai Ruan’.
Suasana Konsert menjadi lebih gamat apabila pentas diambil alih oleh Jade Liu dengan lagunya ‘Wo Jiu Shi Zhe Yang’ dan ‘Kao Bu Kao Pu’.
Kelly Chen mengakhiri konsert dengan medley yang menyatukan tiga lagunya yang digilai di kalangan peminat industri hiburan Hong Kong – ‘Lian Ai Qing Se’, ‘Da Ri Zi’, ‘Hua Hua Yu Zhou’ dan ‘Shi Yi Zhou Mo’.
Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, “Tahun ini menandakan tahun ketiga buat Konsert Star Live dan kami amat berbangga kerana jumlah penonton semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kami juga turut berterima-kasih kepada pihak penaja utama – Sports Toto, Pengurus Konsert – Kumpulan Galaxy serta Radio Rasmi – 988 FM atas kerjasama hebat mereka.”
Suki