Siapa yang tidak mengenali Dato’ M. Nasir, maestro muzik tanah air yang lagunya sentiasa menjadi siulan generasi demi generasi? Dari balada, pop, rock, hingga patriotik dan lagu raya, sentuhan magis beliau tak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Karya beliau bukan sekadar lagu, tetapi sebuah warisan seni yang tetap subur dalam ingatan peminat.
Selepas kejayaan besar Konsert CIPTA 1 & 2, peminat masih belum ‘move on’ dari kehebatan persembahan beliau. Namun, tahun 2025 bakal mencipta satu lagi sejarah apabila M. Nasir bakal mengadakan konsert pertama yang mengangkat martabat lagu-lagu raya secara eksklusif!
Cipta Raya: Konsert Yang Pertama Sebegini Dalam Karier M. Nasir
Jika selama ini lagu raya hanya dimainkan di corong radio dan dipersembahkan dalam program khas di kaca TV, kali ini Icon Entertainment membawakan konsert mega yang sepenuhnya bertemakan lagu raya – sesuatu yang belum pernah dianjurkan secara besar-besaran di Malaysia!
Konsert CIPTA RAYA bakal berlangsung pada 13 April 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Mengambil inspirasi daripada kemuncak Konsert CIPTA 2 yang diakhiri dengan lagu ‘Satu Hari Di Hari Raya’, sambutan luar biasa terhadap lagu tersebut mencetuskan idea untuk menganjurkan konsert yang 100% dipenuhi dengan lagu-lagu raya!
Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, idea ini tercetus apabila beliau melihat bagaimana lagu raya boleh menjadi fenomena walaupun dimainkan di luar musim Syawal. Tambahnya, M. Nasir sendiri memiliki lebih daripada 15 lagu raya termasuk ciptaan untuk penyanyi lain. Mak
“Bila M Nasir beritahu beliau memiliki 15 lagu raya dendangannya termasuk ada yang dicipta untuk penyanyi lain, ia sekali gus memberi idea kenapa tidak diadakan konsert yang bertemakan lagu raya.
– Iman Tang
“Kalau orang tanya kenapa lagu raya? Jawapan saya ringkas sebab orang lain tak pernah buat, jadi saya buat.a, sudah tiba masanya lagu raya diraikan dalam skala yang lebih gah melalui konsert ini!
“Sewaktu Konsert MN46IR Cipta 2, M Nasir persoalkan keperluan menyanyikan lagu Satu Hari Di Hari Raya bukan pada Syawal, tapi lihatlah bagaimana ia jadi fenomena selama berminggu-minggu,”
Menurut Iman Tang lagi, dia terlebih dahulu buat kajian dan memikirkan kelebihan dan kekurangan penganjuran konsert sebelum idea dipersembahkan kepada M Nasir.
“Nak bentangkan sesuatu kepada beliau kena buat ‘homework’, perlu fikir masak-masak.
– Iman Tang
“Kami tak bercakap mengenai konsert, tapi disampaikan melalui orang sekeliling dan beliau terus bersetuju.
“Pada malam konsert, M Nasir tidak hanya menyanyikan lagu nyanyian dan ciptaannya sendiri, tetapi bakal menyanyikan lagu raya kegemarannya daripada penyanyi lain,”
Lebih 20 Lagu Raya Bakal Dipersembahkan!
Konsert ini bukan sekadar menampilkan lagu-lagu raya ciptaan dan nyanyian M. Nasir sendiri, tetapi juga beberapa lagu raya malar segar yang menjadi kegemarannya. Antara yang bakal dipersembahkan ialah:
- Satu Hari Di Hari Raya – Lagu yang menjadi pencetus kepada idea konsert ini!
- Lagu ciptaan khas untuk Al-Jawaher
- Dendang Perantauan (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)
- Esok Hari Raya (dR Sam)
- Selamat Hari Raya (Allahyarham Datuk Ahmad Jais)
- Dan banyak lagi kejutan istimewa!
Menurut M. Nasir, ini adalah peluang untuk beliau berkongsi dengan peminat tentang lagu-lagu raya yang pernah beliau cipta tetapi kurang mendapat perhatian. Malah, lagu-lagu ini akan dipersembahkan dengan susunan muzik baharu yang lebih segar dan unik!
Bukan Sekadar Konsert – Ada Rumah Terbuka Raya Bersama M. Nasir!
Satu lagi keistimewaan CIPTA RAYA adalah setiap pembelian tiket bukan sahaja membolehkan peminat menonton konsert, tetapi juga menikmati juadah raya sebelum konsert bermula! Bayangkan suasana rumah terbuka yang dihadiri oleh peminat setia M. Nasir, menjamu selera sambil berkongsi semangat Syawal sebelum menikmati persembahan yang bakal dikenang sepanjang hayat!
Juadah raya akan disajikan bermula jam 6:00 petang sebelum konsert bermula pada 8:30 malam. Bagi yang membeli tiket, ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu pengalaman raya yang lengkap!
Kategori Tiket Dan Harga
Bermula 5 Mac 2025, tiket CIPTA RAYA boleh dibeli secara rasmi di www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya dengan kategori berikut:
- Sate & Kuah Kacang (Seating) – RM 588
- Rendang & Ketupat (Standing) – RM 258
- Lontong & Kuah Kacang – RM 388
- Lemang & Serunding – RM 588
- VIP Box – RM 10,000
Paling menarik, setiap pembeli tiket juga akan menerima sampul duit raya khas! Jadi, jika anda nak simpan duit raya untuk sesuatu yang lebih bermakna tahun ini, inilah peluangnya!
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang legenda dalam industri muzik, M. Nasir sekali lagi membuktikan bahawa muzik tidak terbatas kepada satu musim atau satu generasi sahaja. Idea untuk mengadakan konsert khas bertemakan lagu raya adalah sesuatu yang segar dan unik, serta bakal membuka jalan kepada lebih banyak konsep konsert kreatif di masa hadapan.
Jika kita lihat, lagu raya sering kali dimainkan hanya ketika menjelang Syawal, tetapi mengapa tidak diraikan dalam skala yang lebih besar? Dengan susunan muzik baharu, gabungan lagu-lagu klasik dan moden, serta konsep rumah terbuka sebelum konsert, CIPTA RAYA adalah satu pengalaman yang wajib dilalui oleh setiap pencinta seni!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Tempah tiket anda seawal mungkin dan bersiap sedia untuk merasai kemeriahan raya bersama M. Nasir dalam konsert yang tidak pernah dibuat sebelum ini!