Sebagai seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit, karya Richard Marx telah mendapat tumpuan selama hampir tiga dekad. Artis kelahiran Chicago ini telah menjual sebanyak 30 juta album di serata dunia. Bermula dengan debut secara sendiri, beliau telah meletakkan dirinya di tangga ke-8 carta serta memonopoli empat kedudukan daripada Top 5 Single!
Konsert Solo Tour RICHARD MARX Live in Kuala Lumpur – Rabu 9 Mac 2016, 8.30 malam Pusat Konvensyen KL, Dewan Plenary
[dropcap]S[/dropcap]elain itu, hit popularnya ‘Hold on to the Nights’ dan ‘Don’t Mean Nothing’ telah mencalonkan beliau untuk Persembahan Lelaki Rock Vokal Terbaik di Anugerah Grammy. Tidak berhenti di situ, pada tahun 1989 berikutnya, album yang berjudul ‘Repeat Offender’ berjaya berada pada kedudukan teratas di kategori platinum dengan dua single hit iaitu ‘Satisfied’ dan ‘Right Here Waiting’.
Apabila kedua-dua albumnya ‘Rush Street’ (bersama dua hit nombor 1; “Keep Coming Back” dan “Hazard”) dan ‘Paid Vacation’ (bersama nombor satu hit, “Now and Forever”) berada di kategori Platinum, Marx telah meletakkan dirinya di tangga teratas selama tujuh tahun berturut-turut sekaligus menempa nama dalam sejarah pop-rock.
Sehingga ke hari ini, beliau adalah satu-satunya artis lelaki dalam sejarah yang berjaya menapak di antara Top 5 carta Billboard dengan tujuh single.
Richard Marx Jelajah Asia 2016 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Dewan Plenary pada 9 Mac 2016 pada pukul 8.30 malam. Tiket akan dijual bermula dengan kategori Diamond (terhad), Platinum (RM428), Gold (RM328), Silver (RM228) dan Bronze (RM128) seorang. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/FatBoysMY
Pada 8 Julai 2014, beliau mengeluarkan album kelapan, ‘Beautiful Goodbye,’ memberikan nafas baru dalam penulisan lagu seperti single, “Whatever We Started”.
Menurut penulis lirik anugerah Grammy itu, beliau memutuskan untuk membuat albumnya lebih ‘seksi’. “Lagu-lagu yang direkod untuk album ini banyak dipengaruhi oleh artis-artis besar seperti Sade, Bebel Gilberto malah pelbagai artis EDM termasuklah Chopin.
“Saya dikenali dengan muzik romantis pada masa lalu, namun berlainan dengan muzik kali ini, saya cuba mencipta muzik yang lebih berkarakter dan halus. Lirik-liriknya juga adalah lebih mencabar daripada apa yang saya pernah lakukan sebelum ini.”
Semua trek lagu di dalam ‘Beautiful Goodbye’ ditulis dan dihasilkan oleh Marx sepenuhnya kecuali ‘Getaway’, yang ditulis bersama dengan Walter Afanasieff; ‘Forgot To Remember’ ditulis bersama dengan Vertical Horizon Frontman dan Marx kolaborator, Matt Scannell; ‘Turn Off The Night’ ditulis bersama dengan pencipta pelbagai lagu hits David Hodges, dan ‘Beautiful Goodbye’, ditulis bersama dengan Daisy Fuentes. Album edisi khas ‘Beautiful Goodbye’ mempunyai dua buah lagu tambahan: ‘Just Go’ dan ‘Moscow Calling’ ; kerjasama antara Marx dan artis terkenal EDM dan DJ Morgan Page.
Jualan tiket bermula 8 Januari 2016 pada jam 10 pagi di semua platform Ticketpro Malaysia di www.ticketpro.com.my / telefon +603 7880 7999 Harga Tiket: RM528 (terhad), RM428, RM328, RM228 dan RM 128.
WWW.RICHARDMARX.COM
Tweets by richardmarx
https://www.facebook.com/RichardMarxMusic