Konsert “Saya Anak Malaysia†anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berlangsung pada 28 Ogos lalu menyaksikan gabungan empat kumpulan muzik popular; Hujan, Bunkface, OAG dan Emmet & Gang disatukan dalam konsert yang berlangsung penuh meriah.
Konsert diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-59 ini mendapat sokongan orang ramai terutama dalam kalangan anak muda dan remaja yang membanjiri Perkarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Konsert yang turut disiarkan secara langsung bermula pukul 9.00 malam bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini turut menarik ribuan penonton yang menyaksikannya menerusi saluran TV1.
Konsert “Saya Anak Malaysia†Berlangsung Meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil
Menariknya mesej ingin disampaikan bukan sekadar persembahan hiburan sebaliknya memupuk semangat patriotisme, menanam nilai murni dan bumi di kalangan anak muda hari ini. Pada masa sama menyemarakkan semangat hari kebangsaan di kalangan anak muda. Mesej sama turut disampaikan empat kumpulan muzik ini menerusi siaran visual ucapan mereka yang turut diselangselikan dalam konsert ini.
Berlangsung selama dua jam, Konsert “Saya Anak Malaysia†ini nyata berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap persembahan bertenaga Emmet & Gang yang mengambil peluang menghiburkan pengunjung di stadium dan di rumah dengan lagu ‘berhantu’ mereka bertajuk The Chemistry (Between of Us) juga beberapa lagu lain sebelumnya menghangatkan pentas persembahan.
Menambah meriah celoteh penyanyi kumpulan Hujan, Noh yang banyak berinteraksi dengan penonton yang hadir memeriahkan konsert. Kumpulan indie yang baru meraikan ulangtahun ke sepuluh penglibatan mereka dalam industri ini menguasai pentas dengan lagu lama dan baharu mereka iaitu Pemicu Gila, Mencari Konklusi, Jika Sempat, dan Rumah Kita.
Dua lagi kumpulan OAG dan Bunkface nyata turut tidak menghampakan dengan lagu popular mereka iaitu 60’s TV dan Revolusi yang turut dinyanyikan sama peminat setia yang hadir.
Kemuncaknya konsert menggabungan empat kumpulan muzik tersebut disatukan di pentas menyanyikan lagu yang setia berkumandang setiap kali sambutan Hari Kebangsaan iaitu lagu Saya Anak Malaysia nyanyian asal Dr Sam.
Konsert diterbitkan Nur Ashidah Abd. Hamid, Unit hiburan TV RTM ini menampilkan gandingan pengacara Muaz Mohamad dan Jeed Zulkifli.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.