in ,

Konsert Pertama Famili Duo Musim Ketiga Ditonton 3.8 Juta Orang

Konsert pertama program realiti kekeluargaan yang memasuki musim ketiga, Famili Duo (FD3) yang disiarkan secara langsung TV3, malam tadi, merekodkan 3.8 juta penonton, berdasarkan laporan AC Nielsen.

TV3 mengumumkan FD3 yang disertai enam pasangan dari pelbagai latar belakang, menewaskan semua program hiburan yang ditayang penyiar lain, sepanjang tempoh sama.

Kenyataan TV3 menyebut FD3 yang dikendalikan Izzue Islam dan Janna Nick, mendominasi program hiburan televisyen (TV) malam Ahad.

“Pengumuman pasangan duo keenam iaitu Sharif Kadir Doli Sharif dan abangnya, Mohd Syaiful Doli Sharif mengejutkan peminat dan memberi impak besar kepada FD3.

“Tiada siapa menyangka Sharif dan Syaiful berjaya ‘sapu’ gelaran juara mingguan bagi konsert pertama. Komen daripada juri positif dan mereka berpuas hati dengan persembahan dua beradik itu,” katanya kenyataan itu.

Sharif Syaiful

Sementara aitu, juri tetap FD3, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy memuji persembahan Sharif dan Syaiful yang disifatkan menepati kehendak program realiti berkenaan.

“Untuk menukar karakter dari program lawak ke program nyanyian realiti yang lebih serius mungkin agak sukar. Namun, Sharif dan Syaiful berjaya memberi persembahan terbaik mengikut rentak FD melalui cara tersendiri.

“Mereka berjaya menyusun lagu yang bermain dengan elemen rock, dangdut dan lawak. Itulah yang dinamakan kreativiti. Itulah ciri yang dicari dalam peserta FD selama ini,” katanya.

Seorang lagi juri tetap, Ajai turut berkongsi pandangan sama dengan Mas Idayu.

“Sharif dan Syaiful tahu cara untuk ikut rentak lagu. Mereka juga tahu penyampaian perasaan mengikut susunan lagu.

“Saya sangat bersetuju dengan susunan lagu yang mereka olah supaya memanfaatkan kekuatan masing-masing. Perkara seperti itu saya ‘salute’.

“Saya harap perkara ini berkekalan dan prestasi mereka terus meningkat sehingga konsert terakhir,” katanya.

ADIRA & EMMA SUHAIMI

Pada konsert pertama, Sharif dan Syaiful beroleh 55.4 peratus diikuti Shila dan Syakir sebanyak 49.1 peratus. Pasangan pempengaruh, Ryan Bakery dan Adam Bakery pula mendapat 42.2 peratus.

Fuad Rahman dan isterinya, Tom, menduduki tempat keempat dengan 41.3 peratus; Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8 peratus) dan dua beradik, Adira dan Emma Suhaimi (36.2 peratus).

Menggunakan slogan Berduo Lebih Baik!, program lapan episod itu menyediakan ganjaran RM10,000 kepada juara mingguan.

Pasangan yang mara ke pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah utama wang tunai RM100,000. Pemenang mingguan ditentukan juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

FD3 disiarkan TV3 setiap Ahad mulai jam 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROMANCE ON THE FARM IQIYI

Joseph Zeng & Tian Xiwei Bergabung Dalam Original iQIYI Romance on the Farm

HONOR X9b 5G

Telefon Pintar Kalis Peluru? HONOR Lancar Promosi HONOR X9b