in

Konsert PENTATONIX The On My Way Home Tour in Malaysia 2015

BlackCat Live bersama The WonderLand+ dengan bangganya akan membawa kumpulan acapella, PENTATONIX ke Malaysia sempena PENTATONIX “The On My Way Home” Tour in Malaysia 2015. Konsert ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 30 Mei 2015 di Stadium Negara jam 8 malam.

PENTATONIX atau lebih dikenali sebagai PTX telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kumpulan ini dianggotai 5 penyanyi accapella iaitu Scott Hoying, Mitch Grassi, Kirstie Maldonado, Avi Kaplan dan Kevin Olusola. PENTATONIX diberi nama berdasarkan skala muzik atau mode yang terdiri lima nada untuk setiap oktaf. Kumpulan ini percaya nota skala lima ini bersesuaian dengan keahlian mereka berlima.

Berasal dari Arlington, Texas, PENTATONIX banyak menghasilkan muzik berentak pop yang mengandungi lagu cover version dan kadang kala dinyanyikan dalam bentuk medley sama ada mengikut rentak asal lagu tersebut. Lagu mereka menjadi luar biasa dengan susunan muzik mengikut citarasa mereka dan juga kekuatan low bass vokal dengan kepelbagaian jenis suara dalam setiap lagu.

PENTATONIX The On My Way Home Tour in Malaysia 2015
Promosi Pembeli Terawal- diskaun 10% dari 11 hingga 19 April

PENTATONIX-poster20x30in-v3

PENTATONIX merupakan salah satu kumpulan muzik yang berjaya menakluki dunia internet dan media sosial terutamanya YouTube. Kini lagu mereka di YouTube mempunyai 7.8 juta pelanggan dan secara purata ia telah ditonton lebih daripada 880 juta kali.

Buat masa kini, laman web rasmi YouTube (PTX official You Tube) muzik channel mereka menduduki tempat ke 12 yang sering dilanggan dan menduduki kedudukan muzik channel tangga ke 42 yang sering dilanggan di seluruh dunia. Bukan itu saja, pada 24 Disember 2014, album Christmas mereka “That’s Christmas to Me’’ telah menerima anugerah platinum kerana jualannya melebihi 1 juta unit di Amerika Syarikat. Album ini juga menduduki kedudukan teratas dalam carta lagu musim perayaan yang pernah dicapai oleh satu kumpulan sejak tahun 1962 serta menduduki tangga keempat bagi jualan album terlaris di Amerika Syarikat pada tahun lepas. PENTATONIX dengan kerjasama produser muzik, Ben Bram melalui lagu “Daft Punk” telah memenangi “Susunan Muzik Terbaik, Instrumental A Cappella” di 57th Grammy Awards.

Untuk persembahan pertama mereka di Asia Tenggara, PENTATONIX hanya memilih Malaysia bagi lokasi persembahan sulong mereka pada hari Sabtu nanti. PENTATONIX menjanjikan sebuah sebuah persembahan yang mantap, bertenaga melalui dendangan lagu-lagu mereka serta lagu cover version yang telah berjaya menaikkan nama PENTATONIX di persada seni. Konsert julung-julung kali ini bakal menjanjikan kelainannya, nantikan persembahan PENTATONIX yang bakal mengegarkan serta membuai perasaan setiap penonton.

Konsert anjuran BlackCat Live dan The WonderLand+ ini mendapat kerjasama Sony Music Malaysia selaku Record Label; Fly FM selaku Stesen Radio Rasmi; Ticket Charge selaku Agen Penjualan Tiket, Sega Irama selaku Sokongan Teknikal, konsert ini turut disokong oleh one FM stesen radio. Tiket PENTATONIX “The On My Way Home” Tour in Malaysia 2015 dikategorikan mengikut harga bermula RM120 (tempat duduk bebas), RM170 (tempat duduk bebas), RM280 (PTX Zone – tempat berdiri bebas) dan RM300 (VIP – tempat duduk bernombor), semua harga tiket termasuk cukai GST 6% dan RM4 yuran pemprosesan.

Pembeli terawal akan mendapat diskaun sebanyak 10% untuk semua jenis tiket bermula daripada 11 hingga 19 April ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook.com/onlyblackcat. Bagi mereka yang ingin menempah dalam talian sila hubungi TicketCharge Hotline +603 9222 8811 atau belian secara online www.ticketcharge.com.my

 

Print

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Raih 5.5 Juta Penonton

AWESOME DAY ONE AT AIFFA 2015