Mengumumkan berita menggembirakan untuk semua peminat, Konsert Patah Hati 2.0 kali ini akan pasti lebih bertenaga apabila menampilkan pula barisan artis popular iaitu Bunkface, Ismail Izzani, Nadeera, Neeta bersama dua bintang Patah Hati sebelumnya – Aisha Retno dan Naim Daniel.
Pengarah Projek ini, Encik Ahmad Faizal Zulkipli, berkata Konsert Patah Hati 2.0 yang mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui My Creative Ventures, bakal menonjolkan tema Neon bagi menyemarakkan lagi suasana pada malam persembahan itu nanti.
Bagi mengumumkan konsert ini secara rasmi, penganjur telah mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2 petang tadi di Z Botanica, 1 Utama.
“Pertama kali saya amat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang menyaksikan Konsert Patah Hati pada Mac lalu. Sambutannya sangat hebat sehingga ramai tidak puas dan meminta ia dianjurkan lagi. Jadi sebagai memenuhi permintaan semua, ANS Diversified kini kembali bersama konsert sekuel pada 23 November ini.
– Faizal
“Dengan barisan artis Bunkface, Naim Daniel, Ismail Izzani, Neeta, Aisha Retno dan Nadeera, kami jemput semua peminat menempah tiket mulai hari ini, 6 September jam 5 petang. Kombinasi artis solo dan berkumpulan dikekalkan kerana formula ini digemari oleh semua penonton,”
Faizal berkata, tema Neon dipilih kerana ia menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre-genre muzik yang ditonjolkan 6 artis yang terpilih dalam Konsert Patah Hati 2.0 kali ini.
Turut hadir pada sidang media itu adalah Puan Nornajwa Noor Shahhidin, Pengurus Kanan Geran MyCreative Ventures.
Tiket-tiket Konsert Patah Hati 2.0 kini boleh ditempah di laman sesawang www.ticket2u.com.my
Berikut adalah harga tiket:
RM185 (Malam Ini Kita Punya)
RM269 (Luar Biasa Sakit)
RM299 (Purnama)
& RM5,000 (VIP Box)
Tawaran menarik juga disediakan untuk Early Bird iaitu:
Free Standing (Malam Ini Kita Punya) – RM179
Normal Seating (Luar Biasa Sakit) – RM259
Premium Seating (Purnama) – RM285