Kerinduan Nidjiholic untuk menyaksikan anggota kumpulan Nidji kembali beraksi di pentas bakal menjadi kenyataan apabila mereka bakal menjayakan Konsert Mini Joox Live With Nidji bersempena dengan pelancaran album terbaru berjudul LOVE, FAKE & FRIENDSHIP bertempat di Kilang Bateri, Johor Bahru, 11 Mei ini bermula pukul 9 malam.
Tempoh lima tahun adalah waktu yang cukup lama untuk sebuah band melancarkan album. Dalam tempoh tersebut, pastinya peminat adalah kelompok yang paling terseksa kerana menanti buah tangan baharu daripada band kegemaran mereka.
[dropcap]K[/dropcap]ini akhirnya, segala persoalan yang dilontarkan kepada Nidji terjawab. Tidak pernah tampil tanpa perancangan rapi, Nidji menerusi album kelimanya memilih satu konsep pembawaan dan muzik yang cukup menarik sekali gus mampu mengisi kekosongan peminat sehari-hari. Meminjam semangat anak muda seperti berusia 15 tahun, tetapi cukup matang dan penuh ilmu kehidupan, Nidji muncul dengan album yang diberi judul Love, Fake & Friendship.
Menurut Giring, sengaja Nidji memilih judul Love, Fake & Friendship kerana menyifatkan tiga kata keramat ini sebagai satu fasa yang pernah dialami oleh semua generasi.
“Ada kalanya manusia saling mencintai satu sama lain, ada kalanya manusia bersikap palsu agar seolah terlihat baik-baik saja. Dan persahabatanlah yang akan menjadi kunci untuk menjaga hubungan harmoni antara sesama manusia. Tetapi ini bukan ditujukan hanya kepada generasi masa kini, but this also fit for us who feels young. Maka Nidji mempersembahkan album kelima ini,” – Giring
Sebuah konsert mini Joox Live With Nidji juga dirancang di Kilang Bateri, Johor Bahru yang akan menjadi medan pertemuan Nidji bersama Nidjiholic pada 11 Mei ini bermula pukul 9 malam.
Tiket berharga RM80 boleh dibeli dengan melayari jooxlivenidji.peatix.com atau membeli di Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri, Johor serta di kedai CD Rama yang terpilih iaitu di Sunway Putra, KL, Harris, Aeon Tebrau City Shopping Center, Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Center, Johor.
Peraduan Menang Tiket Konsert Mini Joox Live With Nidji
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kumpulan Nidji. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Mini Joox Live With Nidji di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertMiniNidji. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertMiniNidji bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertMiniNidji. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertMiniNidji bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert Mini Joox Live With Nidji kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Mini Joox Live With Nidji
Tarikh tutup peraduan:
11 Mei 2017
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada penganjur kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.