in

Konsert Maliq & D’Essentials di Malaysia

SPLENDID ENTERTAINMENT MEMBAWAKAN MALIQ & D’ESSENTIALS DI KL LIVE PADA 16 DISEMBER 2011

Band berbakat tempatan berpeluang menang untuk membuat persembahan pembuka tirai

Band soul & funk terkenal Indonesia, Maliq & D’Essentials telah mengadakan konsert di Malaysia pada 16 Disember 2011 (Jumaat yang lalu) bertempat di KL LIVE, Jalan Sultan Ismail pada pukul 8.30 malam. Konsert ini dibawakan khas oleh Splendid Entertainment Sdn Bhd, yang baru saja menganjurkan konsert makan malam dengan sambutan laris bersama penyanyi Indonesia, Rossa.

Maliq & D’Essentials yang terdiri daripada Angga & Indah (vokalis), Widi (dram), Ilman (keys), Javafinger a.k.a Jawa (bes) dan Lale (gitar) berpusat di Jakarta, Indonesia. Mereka terkenal dengan stail paduan bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dalam lagu mereka. Kumpulan itu telah dicalonkan dan memenangi banyak anugerah seperti Anugerah MTV Indonesia, Anugerah Planet Muzik (Singapura), Anugerah AMI (Indonesia) & Anugerah MTV Asia (Bangkok, Thailand). Maliq & D’Essentials telah membuat lima kali kemunculan sejak 2005 dalam Festival Java Jazz Antarabangsa Jakarta.

Para peminat mereka yang setia merangkumi orang muda di Jakarta serta di negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Menurut Encik Leonard Chua dari Splendid Entertainment, dengan jumlah peminat Maliq & D’Essentials di Malaysia, ia hanya logik untuk membawa band ini ke Malaysia khas untuk peminat mereka.

Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu hit yang penuh perasaan seperti Terdiam, Untitled, The One, Heaven, Free Your Mind, Sunshine, Dia, Kau Yang Bisa, lagu-lagu berirama rancak pop-rock seperti Pilihanku dan Coba Katakan serta lagu pilihan daripada album ke-4 mereka pada tahun 2010 seperti Terlalu dan Menari dalam konsert mereka.

Bukan saja peminat Maliq & D’Essentials di Malaysia dapat menyaksikan persembahan pentas live kumpulan kegemaran mereka, malahan satu kumpulan band yang berbakat turut diberi berpeluang untuk menang dan mengadakan persembahan pembukaan konsert.

“Kami percaya peraduan ini akan membolehkan kumpulan band tempatan untuk mencipta nama sebagai kumpulan baru dan berbakat bagi mengadakan persembahan pembukaan konsert,” tambah Encik Leonard Chua.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan anjuran bersama JunkOnline ini hanya perlu emelkan demo asal yang tidak melebihi empat minit ke akaun Twitter Junk (www.twitter.com/JunkOnline) dan penyertaan akan dibuka dari 27 Oktober 2011 sehingga 20 November 2011. Maliq & D’Essentials akan memilih satu pemenang daripada lima band dengan jumlah undian online yang tertinggi. Pemenang akan diumumkan di JunkOnline pada 5 Disember 2011. Syarat dan peraturan boleh didapati dalam laman pertandingan www.splendid8.com.

Tambahan pula, Maliq & D’Essentials juga mangadakan sesi Meet the Fans di Tropicana City Mall pada hari Khamis, 15 Disember 2011 lalu. Dalam bulan November, dua pendengar Suria FM akan dipilih sebagai pemenang untuk makan bersama dengan Maliq & D’Essentials di Urban Restaurant, Hotel Istana pada 15 Disember 2011.

Harga tiket yang standard adalah RM98 dan harga jualan ticket tidak termasuk bayaran pemprosesan RM3.00. Jualan tiket akan dibuka pada 27 Oktober 2011 (Khamis) di kaunter jualan tiket TicketCharge dan AirAsiaRedTix, melalui hotline 03-9222 8811 dan 03-8775 4666 atau online di www.ticketcharge.com dan www.airasiaredtix.com. 1,000 pelanggan pertama akan mendapat 15% diskaun.

Konsert ini dibawakan khas oleh Splendid Entertainment bersama dengan The One Management sebagai pengurusan artis, Organic Records sebagai label rekod, Tropicana City Mall sebagai kompleks rasmi, Suria FM sebagai stesen radio rasmi, Red FM sebagai penyokong radio, Harian Metro sebagai akhbar rasmi, Hotel Istana sebagai hotel rasmi dan Compass Coaches sebagai pengangkutan rasmi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Achilles Formula Drift Malaysia 2011

Alexander Shorokhoff Unveils Avantgarde Collection in Kuala Lumpur