in , ,

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

Bagaikan impian menjadi kenyataan. Itulah yang pertama kali dirasakan oleh Alif Satar & The Locos (ASTL) setelah berjaya menghiburkan peminatnya di Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 26 Ogos yang lepas.

Untuk meraikan ulang tahun ke-25 Dewan Filharmonik Petronas (DFP), satu persembahan konsert istimewa dan paling dinantikan oleh peminat, iaitu “Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO,” telah diadakan dengan penuh meriah pada 25 Ogos lalu. 

Persembahan sempena ulang tahun ke-25 dewan berprestij tersebut dianggap satu pengalaman istimewa dan kenangan berharga bagi ASTL sejak mereka ditubuhkan pada tahun 2018.

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

Alif Satar bersama dengan penyokong muziknya, seperti Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram), dan Faliq Auri (saksofon), telah mengadakan pelbagai persembahan di dalam dan di luar negara, termasuk Singapura dan United Kingdom.

Pada malam tersebut, Alif Satar & The Locos serta iringan Orkestra Filharmonik Malaysia yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose membawakan 15 buah lagu dalam interpretasi simfoni.

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

“Alhamdulillah, memang kami berdebar menjayakan konsert ini. Secara peribadi, saya tidak berhenti berlatih sejak pulang menunaikan haji, iaitu kira-kira satu bulan lalu.
“Saya berlatih bersama band dan apa yang peminat lihat adalah hasil latihan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) selama dua hari sebelum konsert berlangsung.
“Kiranya kami hanya berlatih 16 jam sahaja. Saya dan band rasa mengadakan persembahan bersama orkestra bukan suatu benda yang biasa seperti di awangan pun ada.
“Ada kalanya ada rasa ‘gayat’ bila buat persembahan, tetapi kami ada pasukan hebat dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose.
“Saya gembira dan ini adalah pengalaman menakjubkan. Malah, saya sebak dan tak percaya mimpi jadi kenyataan,

– Alif Satar
Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

Namun begitu, seperti yang diungkapkan, tiada persembahan yang boleh menyamai kenangan indah yang tercipta di DFP pada malam tersebut. Alif, yang juga seorang pelakon dan pengacara, berkongsi bahawa konsert itu membuatnya berasa terharu kerana beliau sangat bangga dengan pencapaian ASTL.

ASTL bersama MPO berpadu tenaga mempersembahkan lagu popular ASTL dalam interpretasi simfoni seperti, Hey!, Cukup Indah, I Want You To Love Me, Jangan Nakal, Akan Tiba, Nona Jakarta, Toxic, Lelaki Seperti Aku, Lelaki Tak Sempurna, Akhiri Penantianku, Isteri, Sesungguhnya Aku dan Anugerah Terindah.

Secara tak langsung, konsert itu juga mengukuhkan versatiliti MPO yang melangkau genre muzik, daripada naskhah agung klasikal ke muzik filem, tradisional, pop dan jazz.

ASTL juga memasuki senarai kolaborasi terunggul MPO bersama artis tempatan seperti Allahyarham Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Alif berkata, konsert diiringi 65 pemuzik dan berjaya mengumpulkan lebih kurang 900 peminat tidak hanya bersejarah buat ASTL, tetapi juga buat MPO.

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

“Ini kali pertama MPO membuat persembahan bersama band pop.
“Sebab itu saya rasa malam ini lebih kepada mendidik peminat yang mengikuti kami kerana pengalaman menonton bersama orkestra agak berbeza.
“Apatah lagi, ketika membuat latihan kami ‘speechless’ dengan usaha dan disiplin MPO, kami terpegun melihat 65 pemuzik yang ada perasaan dan disiplin yang sama dengan kami, jadi ia sangat menyeronokkan.
“Kami biasa buat ‘show’ dan kemudian, balik dan ini adalah pengalaman berbeza. Saya harap ASTL bersama MPO akan membuat persembahan di negara lain pula, diharapkan ada peluang ini,”

– Alif Satar
Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

Di pertengahan konsert selepas 20 minit berehat, suasana kembali meriah dengan membawakan lagu-lagu daripada legenda terkenal tanah air iaitu Datuk Sheila Majid dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjudul Sinaran dan Getaran Jiwa.

Lebih menarik lagi, semasa persembahan lagu Sinaran, terdapat elemen kejutan daripada konduktor, Ahmad Muriz yang bermain alat muzik saxophone dan battle bersama Faliq Auri selaku pemain saxophone The Locos menerima sorakan penuh penonton.

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

Ruangan tempat duduk yang hampir ‘full house dipenuhi dengan penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia malah ada juga penonton dari luar negara.

Selain itu, Alif turut mendedikasikan sebuah lagu buat isterinya, Sha Dila Halid serta isteri-isteri dan bakal isteri di kalangan penonton iaitu lagu yang berjudul Isteri.

Sebelum melabuhkan tirai, konsert ini diakhiri dengan lagu Anugerah Terindah dan nyanyian bersama daripada penonton membuatkan Alif sebak sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian buat seketika.

Gabungan alunan muzik dan ‘showmanship’ di antara Alif Satar & The Locos dan Orkestra Filharmonik Malaysia yang terserlah membuatkan konsert pada malam itu lebih bermakna dan menghiburkan.

Dalam perkembangan lain, Alif juga berkongsi ASTL akan tampil dengan album baharu dalam masa terdekat.

Alif berkata, lagu yang bakal dimuatkan dalam album turut dimainkan pada malam itu iaitu Isteri, Lelaki Tak Sempurna dan Toxic.

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

“Kami akan lancarkan album pada 14 September ini di atas kapal. Kami juga akan keluarkan single Senyum.
“ASTL mahu buat apa yang disukai sahaja, kami mahu keluarkan single Senyum dan lihat ramai atau tidak yang layan lagu ini,”

– Alif Satar

ASTL pernah merakamkan semula lagu popular kumpulan Raihan antaranya seperti Sesungguhnya.

Mereka juga ada merakamkan single bersama penyanyi indie, Diandra Arjunaidi bertajuk Lelaki X Sempurna, sementara single Isteri dijadikan lagu runut bunyi untuk drama Risik Pada Hati.

ASTL pernah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 menerusi lagu Anugerah Terindah.

DFP seterusnya bakal mempersembahkan konsert MPO Jazz Band & Friends pada 9 September depan, Khai Bahar (11 November) dan Meet Uncle Hussain (2 Disember).

Terima kasih Dewan Filharmonik Petronas kerana sudi menjemput Budiey untuk liputan. Selamat menyambut ulangtahun ke-25 tahun!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMIR MASDI

Amir Masdi Bakal Adakan Siri Jelajah Album, Janji Persembahan ‘A Class’

GOPRO 12

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods