in ,

Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

[dropcap]P[/dropcap]ertengahan kedua tahun 2013 ini banyak betul konsert akan berlangsung. Paling menarik Budiey rasa adalah Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza yang mana merupakan sebuah konsert sepenuhnya yang mempersembahkan muzik/lagu tradisional dengan diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Budiey memang suka dengan muzik tradisional. Tambahan lagi bila si penyanyi tu adalah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Budiey mesti pergi konsert ni sebab nak layan lagu-lagu tradisional. Ya, lagu-lagu yang akan didendangkan nanti adalah lagu tradisional.

event-banner-concert-lentera-timur

[pullquote align=”right”]Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza bakal diadakan pada 20-22 September 2013, jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.[/pullquote]

Persembahan konsert yang dinamakan Konsert Lentera Timur yang membawa maksud cahaya timur yang digarapkan dalam 1suara, 1impian dan 1malaysia dengan penampilan tidak kurang dari 40 orang pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kepelbagaian instrumen muzik antaranya rebab, serunai, gambus, sape, perkusi, gaohu, zhonghu, sauna, dizi, erhu dan sitar. Lagu-lagu yang disampaikan adalah mencakupi elemen muzik 1malaysia dimana lagu-lagu ini juga akan digubah dalam bentuk lebih harmoni.

Gubahan ini bakal menjadikan konsert ini lebih hebat dan dikenang penonton. gabungan di antara Dato’ Siti Nurhaliza dan OTM ini bukan sahaja diharap menarik minat audiens melayu tetapi peminat-peminat muzik pelbagai kaum.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan hampir kesemua genre muzik/irama tradisonal bagi menepati konsep persembahan lagu-lagu tradisional.

Sebuah persembahan konsert yang menampilkan muzik/irama tradisional seperti asli, joget, zapin, keroncong, masri, dikir, makyong, lagu-lagu rakyat dan pelbagai lagi. konsep yang diketengahkan adalah `konsert dan muzikal’.

Ini bertujuan untuk mewarnai corak persembahan Dato’ siti Nurhaliza. gaya persembahan ala konsert-di mana Dato’ Siti Nurhaliza akan menyanyi dan berinteraksi bersama penonton. Berbeza pula dengan muzikal-di mana segmen ini telah dibuat jalan cerita berdasarkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan. Dato’ Siti Nurhaliza hanya menyanyi dan melakonkan sedikit watak-watak di dalam lagu tersebut. Konsep muzikal ini dibuat lebih dari satu segmen.

Bagi memberikan kelainan dalam konsert ini, Dato’ Siti Nurhaliza diberi cabaran untuk mempersembahkan mak yong dan dikir barat. selain itu beliau akan bermain alat muzik percussion. Dato’ Siti Nurhaliza dijangka akan digabungkan dengan penyanyi dikir barat terkemuka dari kelantan dan juga penggiat mak yong terkenal. ini merupakan elemen menarik di mana Dato’ siti tidak pernah mempersembahkannya di mana-mana konsert/persembahan beliau sebelum ini.

Category Price Seating Buy Now
Stall RM338
RM278
RM258
RM218
Grand Circle (Gold Seats) RM518
Grand Circle RM278
RM238
Upper Circle RM108
RM78

Get your tickets from:

1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Victoria Music outlets: Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
BSC (TEL: 03 – 2093 1093)
3. Penang outlets Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
4. Rock Corner outlets: The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)
4. KL Life Centre TEL: 03 – 2162 2570
5. Tune Store Low Yat Plaza
6. AirAsia Travel Service Center KL Sentral

For enquiry only:
Please call AirAsiaRedtix Ticketing Hotline at +603 – 8775 4666. Hotline is operational from 9am-6pm on weekdays.

Note:
1. Prices shown excluded RM 3.00 AirAsiaRedTix fee.
2. Transaction fee of RM 8.00 applicable for Internet purchase.
3. RM 5.00 reprint fee aplicable if the online ticket purchaser fail to present the e-ticket for redemption on the event day.
4. Strictly no replacement for missing tickets and cancellation.
5. Online ticket selling will close 3 days prior to event day, subject to availability.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Grand Brilliance Julang Lima Trofi di Anugerah Lawak Warna

Betul Ke Zizan Punca Pengambaran Cicakman 3 Ditunda?