in

Konsert KPopStorm Malam Esok Ditunda

Konsert KPopStorm Malam Esok Ditunda, Penganjur Mohon Maaf

Hanya tinggal sehari saja lagi impian peminat muzik KPop di Malaysia untuk menyaksikan konsert terbesar, KPopStorm, akan terrealisasi. Peminat sebenarnya sudah bersedia dan teruja sejak pengumuman rasmi dibuat, pada 10 Oktober lalu.

Masakan tidak, kerana konsert yang nama diberi nama, WBS: KPop Storm Live in Malaysia ini bakal menampilkan bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi barisan sembilan artis dari Korea Selatan, terhangat masa kini.

Konsert yang dijadualkan berlansung di Surf Beach, Sunway Lagoon itu menerbangkan kumpulan Shinee, Ukiss, Teen Top, Block B, Girls Day, Dal Shabet, NoBrain, D-Unit dan Gwangdae.

Namun keterujaan para peminat bertukar menjadi bimbang apabila awal malam tadi kecoh di laman Twitter rata-rata peminat yang bertanyakan apakah benar konsert yang julung kali dan bakal mencipta sejarah tersendiri itu, dibatalkan?

KPOP Storm Poster

Pun begitu, salah satu kumpulan yang tersenarai iaitu Block B, sudah pun berada di sini. Mereka tiba awal kerana pada Sabtu lalu mereka turut menjayakan sebuah konsert anjuran satu jenama minuman keras, bertempat dipinggir ibu kota Kuala Lumpur.

Ternyata khabar angin mengenai pembatalan di saat akhir itu cukup merisaukan peminat-peminat. Apatah lagi bagi mereka telah membeli tiket konsert tersebut semahal RM688. Sehingga tengah hari ini tahap kerisauan peminat semakin memuncak apabila pihak Ticket Charge mengumumkan yang peminat yang sudah membeli tiket, boleh mendapatkan semula wang mereka.

Tambahan di laman Twitter rasmi BBC Malaysia (kelab peminat kumpulan itu) memberitahu yang konsert batal dan peminat boleh mendapatkan semula wang mereka.

Selain itu, daripada apa yang kami diberitahu oleh sumber, konsert ini sebetulnya telah lama dibatalkan oleh penganjur utama dari Korea, Stesen Radio WBS89.7 ekoran salah satu pihak penganjur didakwa telah melanggar kontrak. Difahamkan yang WBS telah maklumkan kepada pihak penganjur konsert iaitu Happy Entertainment, sejak 1 November lagi.

Walau bagaimana pada 2 November, pihak WBS memutuskan untuk melaksanakan konsert yang diberi nama ‘KpopStorm Big 3 Concert’ yang mana menampilkan tiga kumpulan daripada yang sepatutnya hadir iaitu Shinee, U-Kiss dan Block B. Namun (sehingga artikel ini ditulis) masih belum ada pengumuman rasmi baik daripada Happy Entertainment mahupun penganjur Malaysia iaitu Mega Ultimate Sdn Bhd.

Batal ker tidak ni? Peminat semakin keliru. Jadi, pihak penganjur terus kami buru. Namun mereka gagal kami hubungi sejak awal pagi ini.

Sehinggalah sebentar tadi pihak Mega Ultimate Sdn Bhd memaklumkan kepada kami bahawa, WBS: KPop Storm Live in Malaysia malam esok, terpaksa ditangguhkan. Alasannya? Kerana beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan pada masa terdekat ini.

Serta masalah dalaman dengan semua pihak termasuk susunan jadual artis. Oleh sebab itu, pihak stesen radio radio WBS89.7 terpaksa menangguhkannya. Sekaligus khabar angin tentang ‘KpopStorm Big 3 Concert’ juga tidak benar.

Pihak Happy Entertainment benar-benar memohon maaf kepada semua penonton dan peminat yang telah membeli tiket. Pihak penganjur terbabit akan mengembalikan semula wang peminat. Segala prosedur, tempat, tarikh dan masa bayaran balik wang tiket ada dimaklumkan laman Facebook rasmi, www.facebook.com/kpopstorm.

Pihak pengajur sekali lagi memohon maaf dan segala info terkini (tarikh baru) konsert ini akan diberitahu kelak. Ternyata berita daripada Happy Entertainment ini langsung tidak menggembirakan peminat. Sumber: MalaysianDigest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY S III Achieves 30 Million Sales in 5 Months

One Step Closer To Stardom