Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) yang akan diadakan pada 23 & 24 November 2013, bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Konsert Koir Kebangsaan : Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) anjuran JKKN ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan beberapa konsert oleh Koir Kebangsaan Malaysia dan Konsert Jelajah Koir yang telah dilaksanakan oleh JKKN sejak tahun 2005. Antaranya Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia (2012), Konsert No Wrong Notes (2011), Konsert Music Makers (2010) dan Konsert In Love With Peace (Cintakan Kedamaian) yang telah diadakan sejak tahun 2009 lagi. Kejayaan Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 turut mendapat sambutan dan ucap tahniah daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tenku Puan Pahang Tunku Hajjah ketika jelajah ke Kuantan, Pahang pada 10 November 2012. Selain itu, beberapa konsert terus dirancang kepada Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 2012 iaitu Konsert Mengapai Bintang bersama Simfoni Orkestra Remaja, dan juga Konsert Jelajah Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 14 & 16 jun 2013 di Selangor dan Negeri Sembilan.
Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu – lagu dari pentas teater berlandaskan lagu – lagu tradisional dan moden sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia dalam bidang koir sejajar dengan penubuhan koir kebangsaan ke 21 Tahun.
Menariknya pada konsert kali ini kerana menggabungkan artis jemputan bersama Koir Kebangsaan Malaysia berpadu suara di atas 1 pentas koir. Program ini merupakan platform bagi bakat-bakat muda dalam bidang seni suara professional untuk mengembangkan sayap mereka ke peringkat yang lebih global dan selaras dengan perkembangan arus muzik semasa tanpa meminggirkan keaslian kumpulan koir itu sendiri. Konsert ini memuatkan 19 produksi teater dan filem tanahair dan luar negara yang menampilkan 24 lagu. Program ini merupakan satu lagi usaha JKKN dalam menyemarakkan industri seni suara tanahair.
ARTIS JEMPUTAN
i. Syafinaz Selamat
ii. Rosnan Rahman
iii. Memento
iv. Vox Aurora
PRODUKSI TEATER & FILEM
Apa yang menarik, dalam konsert ini nanti, Koir Kebangsaan ini akan mengalunkan vokal harmoni mereka menerusi 19 buah lagu daripada produksi teater & filem tanahair dan luar negara. Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan Teater Tradisional Mak Yong melalui lagu Mengadap Rebab yang merupakan acara buka panggung untuk teater tersebut dengan penampil Rosnan Rahman yang berkoboralasi penyanyi bersuara soprano Syafinaz Selamat dan ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Kesemua lagu-lagu tersebut dipilih dengan teliti serta digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia.
NO |
TAJUK |
|
1. |
World Premier:Malay Musical:
Original Song : |
NUANCE OF REBAB FANTASYMAK YONG
MENGADAP REBAB |
2. |
Song Title :Musical : | TONIGHT, I FEEL PRETTY, MARIA & AMERICA MUSICALWEST SIDE STORY |
3. |
Song Title :Musical : | THE IMPOSSIBLE DREAMMAN OF LA MANCHA |
4. |
Song Title :Musical : | DON’T CRY FOR ME ARGENTINA & ON THIS NIGHT OF A THOUSAND STARSEVITA |
5. |
Song Title :Film : | PRETTY WOMANPRETTY WOMAN |
6. |
Song Title :Film : | DIAMONDS ARE A GIRL BEST FRIENDGENTLEMEN PREFER BLONDES |
7. |
Song Title :Film : | SANDARKAN PADA KENANGANAZURA |
8. |
Song Title :Musical : | DO RE MI & CLIMB EVERY MOUNTAINSOUND OF MUSIC |
9. |
Song Title :Film : | LISTENDREAMGIRLS |
10. |
Song Title :Film : | SEDETIK LEBIHMERONG MAHAWANGSA |
11. |
Song Title :Film & Musical | PUNCAK TERTINGGI & ASMARADANAPUTERI GUNUNG LEDANG |
12. |
Song Title :Film : | ECCE HOMO QUE EST FABAMR. BEAN |
13. |
Song Title :Film : | JAMES BOND THEME SONGJAMES BOND |
14. |
Song Title :Film : | PULANGKANPONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM |
NO |
TAJUK |
|
15. |
Song Title :Musical : | CONSIDER YOURSELFOLIVER! |
16. |
Song Title :Film : | OMBAK RINDUOMBAK RINDU |
17. |
Song Title :Film : | CHIU KAN TANG BUE BOPAPA, CAN YOU HEAR ME SING |
18. |
Song Title :Musical : | PHANTOM OF THE OPERAPHANTOM OF THE OPERA |
19. |
Song Title :Film : | BALLEILAKKASIVAGI THE BOSS |
PRODUKSI
Syafinaz Selamat bukan sahaja bertindak sebagai Jurulatih Vokal bagi konsert ini bahkan merupakan Pengarah Persembahan & Vokal serta dibantu oleh Pengarah Koir Kebangsaan – Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir, Jurulatih dan Konduktor Koir – Amri Zane, Penolong Jurulatih/ Penolong Konduktor Koir Lilis Syafuza Mohd Yatim dan 41 ahli Koir Kebangsaan dan Koir Remaja Kebangsaan Malaysia.
TIKET
Tiket bagi konsert ini boleh dibeli secara ’online’ di www.ticket2u.biz dengan harga hanya RM 30.00 sahaja & 50% diskaun kepada pelajar dan orang kelainan upaya dengan menunjukkan kad ID. Tiket boleh didapati di kaunter ticket2u di Istana Budaya atau dengan menempahnya di talian 03-41498600. Pihak Urus Setia turut menyediakan tiket sebelum konsert di Kaunter Media, Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, 109 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November 2013 bermula jam 3.00 petang.
BIL |
AKTIVITI – AKTIVITI |
TEMPAT / TARIKH |
6. | Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem
Tempat : Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia.
Tarikh : 23 dan 24 November 2013
Masa : 8.30 mlm – 10.30 mlm
Tiket : i. RM30.00 ii. 50% diskaun kepada pelajar & orang kelainan upaya (OKU) – Pembelian melalui kaunter sahaja dengan menunjukkan kad ID pelajar atau OKU |
Konsert Koir Kebangsaan Malaysia : Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu – lagu dari pentas teater berlandaskan lagu – lagu tradisional dan moden sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia dalam bidang koir sejajar dengan penubuhan koir kebangsaan ke 21 Tahun. Untuk pembelian tiket boleh melayari dan membeli secara online menerusi www.ticket2u.biz.
|
SEGMEN 1
- World premier : NUANCE OF REBAB FANTASY
Malay musical : MAK YONG (Original song : Mengadap Rebab)
Song writer : Fairuz Zamani
- Song title : TONIGHT, I FEEL PRETTY, MARIA & AMERICA Musical : WEST SIDE STORY
Song writer : Leonard Bernstein
Lyricist : Stephen Sondheim
- Song title : THE IMPOSSIBLE DREAM
Musical : MAN OF LA MANCHA
Song writer : Mitch Leigh
Lyricist : Joe Darion
Arranger : John Leavitt
- Song title : DON’T CRY FOR ME ARGENTINA & ON THIS
NIGHT OF A THOUSAND STARS
Musical : EVITA
Song writer : Andrew Lloyd Webber
Lyricist : Tim Rice
- Song title : PRETTY WOMAN
Film : PRETTY WOMAN
Song writer : Roy Orbisson & Bill Dees
Lyricist : Roy Orbisson & Bill Dees
Arranger : Alan Billingsley
- Song title : DIAMONDS ARE A GIRL BEST FRIEND
Film : GENTLEMEN PREFER BLONDES
Song writer : Jule Styne
Lyricist : Leo Robin
Arranger : Mark Hayes
- Song title : SANDARKAN PADA KENANGAN
Film : AZURA
Song writer : M.Nasir
Lyricist :
Arranger : Fairuz Zamani
- Song title : DO RE MI & CLIMB EVERY MOUNTAIN
Musical : SOUND OF MUSIC
Song writer : Richard Rodgers
Lyricist : Oscar Hammerstein II
9. Song title : LISTEN
Film : DREAMGIRLS
Song writer : Henry Krieger
Lyricist : Scott Cutler & Anne Preven
Arranger : Mark Brymer
- Song title : SEDETIK LEBIH
Film : MERONG MAHAWANGSA
Song writer : Edry Abd Halm
Lyricist : Edry Abd Halim
Arranger : Fairuz Zamani
- Song title : PUNCAK TERTINGGI & ASMARADANA
Musical & Film : PUTERI GUNUNG LEDANG
Song writer : Dick Lee / Edry Abd Halim
Lyricist : Adlin Aman Ramli /
Arranger : Fairuz Zamani
INTERMISSION (15 Minit) –
Sedutan Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia 2012
SEGMEN 2
- Song title : ECCE HOMO QUE EST FABA
Film : MR. BEAN
Song writer : Howard Goodall
- Song title : JAMES BOND THEME SONG
Film : JAMES BOND
Song writer : Monty Norman
Arranger : Jay Althouse
- Song title : PULANGKAN
Film : PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM
Song writer : Ajai
Lyricist : Habsah Hassan & Shuhaimi Baba
Arranger : Fairuz Zamani
15. Song title : CONSIDER YOURSELF
Musical : OLIVER!
Song writer : Lionel Bart
Lyricist : Lionel Bart
Arranger : Norman Leyden
16. Song title : OMBAK RINDU
Film : OMBAK RINDU
Song writer : Norzaidi Abd Rahman
Lyricist : Sharad Sharan
Arranger : Fairuz Zamani
17. Song title : CHIU KAN TANG BUE BO
Film : PAPA, CAN OU HEAR ME SING
Song writer : Shi Ru
Lyricist :
Arranger : Fairuz Zamani
18. Song Title : PHANTOM OF THE OPERA
Musical : PHANTOM OF THE OPERA
Song writer : Andrew Lloyd Webber
Lyricist : Charles Hart & Richard Stilgoe
19. Song title : BALLEILAKKA
Film : SIVAGI THE BOSS
Song writer : A.R. Rahman
Lyricist : A.R. Rahman
Arranger : Ethan Sperry
PROFIL
PENGARAH KOIR KEBANGSAAN
Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir telah berkhidmat sebagai Pengarah Koir Kebangsaan semenjak 1995, mula berkecimpung di dalam bidang ini sebagai salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik UiTM serta Ijazah Sarjana Perniagaan Dan Pentadbiran (MBA) dari Ohio University, Amerika Syarikat ini, kini juga berkhidmat sebagai pengurus kepada penyanyi soprano Malaysia, Syafinaz Selamat serta merupakan pensyarah jemputan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.
PENGARAH ARTISTIK & VOKAL
Syafinaz Selamat, graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari jurusan Muzik pengkhususan dalam vokal dan piano telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian semenjak dari zaman kanak – kanak. Bersuara coloratura soprano, beliau sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam dan luar Negara. Sebagai penyanyi berpendidikan tinggi, beliau merupakan juri yang disegani dan sering dijemput untuk mengadili pertandingan-pertandingan nyanyian dan program-program realiti. Pada tahun 1999 beliau telah memenangi pingat emas di dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari di pertandingan World Championship of Performing Arts di Los Angeles. USA. Di samping itu beliau juga merupakan pensyarah jemputan di Uitm dan Aswara serta penasihat dan pengarah vokal Koir Kebangsaan Malaysia
KONDUKTOR / JURULATIH
Amri Zane, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di dalam pengkhususan Vokal. Mula berkhdimat sebagai Konduktor Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 1996 sehingga 2000 dan seterusnya dilantik untuk menjadi konduktor Koir Kebangsaan Malaysia pada 2004 sehingga kini. Disamping itu beliau juga bertugas sebagai pensyarah jemputan di beberapa buah pengajian tinggi di sekitar Lembah Kelang seperti di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dan Universiti Teknologi MARA.
PENOLONG KONDUKTOR / JURULATIH
Lilis Syafuza Mohd Yatim pemegang Diploma Seni Muzik, dan juga Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Persembahan), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Merupakan anak didik guru vokal ternama seperti Siti Chairani Proehoeman, Syafinaz Selamat dan juga Cecelia Yap. Syafuza juga merupakan penolong konduktor dan jurulatih teori dan solfege Koir Remaja Kebangsaan dan sering dilantik sebagai jurulatih koir di agensi kerajaan dan swasta dan sekolah – sekolah muzik.