Walaupun sibuk dengan persiapan akhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com, Budiey masih sempat untuk ke Majlis Sidang Media Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter yang diadakan pada jam 11 pagi tadi.
Sidang media yang diadakan di Emporium Grand Café, Jalan Perak, Kuala Lumpur ini dihadiri juga oleh penerbit ekskutif Chandra Segar, para penaja dan juga media.
Untuk meraikan kegemilangan penyanyi lagenda Francissca Peter dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peterâ€.
Konsert ini bertujuan merai kehadiran Fran dalam industri muzik selama 33 tahun. Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Konsert berprestij ini akan berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 5hb dan 6hb Februari 2011, dari jam 8.30pm ke 11.45pm.
Eye Design menjanjikan sebuah persembahan yang menarik yang membanggakan arahan En Chandra Shegar, Penerbit Eksekutif bagi konsert ini.
En Ramli MS, pengarah muzik tersohor Malaysia, akan memimpin 33 pemuzik orkestra dengan menampilkan 33 lagu-lagu popular nyanyian Fran sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Konsert ini juga akan mengaggabung kembali gandingan Fran bersama Royston Sta Maria dan juga persembahan istimewa dengan Imran Ajmain.
Konsert ini juga adalah sebahagian dari Visi 1Malaysia Perdana Menteri kita. Sebagai penghibur bukan Melayu yang paling berjaya di dalam industri muzik Malaysia, Fran juga berbangga diberi peluang membuat persembahan di Istana Budaya.
Setelah menghasilkan 20 lagu hit nombor satu 1 di carta, dan juga memenangi anugerah “Vokal Wanita Terbaik†selama 5 tahun berturut-turut, konsert ini selaras dengan pelancaran album kompilasi “Keunggulan Francissca Peter†oleh Warner Music.
Sebahagian dari hasil jualan tiket akan di salurkan kepada dua badan kebajikan iaitu International Aid Organization World Vision dan Yayasan Salam. Kini, World Vision di Malaysia telah melantik Francissca untuk menjadi duta mereka selama 6 tahun berturut- turut.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.francisscapeter-concert.com dan www.ticket2u.biz atau hubungi talian Hotline +603 4147 8600 . Harga tiket adalah RM99, RM149 , RM189 ,RM239 dan RM299.
Pada konsert ini, Eye Design akan menjual beberapa barangan esklusif. Antaranya adalah kompilasi kesemua album Francissca Peter dalam bentuk ‘box set’ pada harga yang istimewa. Tawaran ekslusif ini yang di keluarkan oleh Warner Music, hanya boleh di miliki di Istana Budaya pada kedua-dua hari konsert dan tidak akan di dapati di mana-mana kedai muzik.
Untuk info lanjut sila layari: http://www.francisscapeter-concert.com