in , ,

Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL) 2021 Raikan Lebih Empat Dekad KLfm

Mengangkat tema ‘Retro Rock’, Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL) 2021 yang kembali dianjurkan setelah dua tahun ‘berehat’ akibat pandemik Covid-19 menghiburkan pendengar setia KLfm pada 27 November ini, Sabtu, pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Keudara mengisi slot Rock Antero menerusi frekuensi 97.2 MHz, konsert kemuncak meraikan sambutan ulang tahun KLfm yang ke-48 ini menampilkan persembahan dan nyanyian live bersama empat nama bintang rock terkenal Malaysia Mus May, Ella, Spider dan Lefthanded.

Tahun ini, KLfm terus memperkukuhkan usaha untuk menjadi ‘Radio Nombor 1 Orang KL’ dengan penganjuran konsert terbitan bersama Ekramie Zain dan Ridzwan Dollah, KLfm. 

Perbezaan yang dibawakan kali ini menonjolkan tema ‘Retro Rock’ yang dilihat menyumbang dalam mengimbau kenangan pendengar setia KLfm. Malah pada masa sama kekuatan segmen Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL) 2021 iaitu persembahan artis popular dengan lagu-lagu malar segar.

Konsert dua jam ini mengembalikan kegemilangan lagu nostalgia Spider yang mendendangkan seleksi lagu antaranya ‘Nazraku’, ‘Laukku Cukup Masin’, ‘Cinta Dewa Dewi’ dan istimewanya lagu ‘Salut’ yang ditujukan khas buat petugas Barisan Hadapan yang masih bergelut membantu seluruh rakyat Malaysia menentang pandemik sehingga kini.

Pentas Black Box Publika, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman konsert ini kemudiannya dihangatkan dengan kemunculan penyanyi rockers terkenal yang kini mahu dikenali sebagai Muss. Pemilihan lagu ‘berhantu’ termasuklah ‘Sendiri’, ‘Gadis Bertudung Putih’, ‘Cintamu Mekar di Hati’ dan ‘Biru Mata Hitamku’ nyata memukau semua.

Ratu Rock Ella yang tampil manis dengan sut hitam sememangnya tidak menghampakan dengan gaya dan lengguk suaranya yang tersendiri. Ella menghiburkan semua dengan lagu ‘Permata Pemotong Permata’, ‘Kesal’, ‘Layar Impian’, dan ‘Pengemis Cinta’. Persembahannya sentiasa dinantikan dan lebih 

Melengkapkan persembahan kemunculan Datuk Nash bersama Lefthanded yang  menghiburkan dengan lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’, ‘Sudi Sudikah Dikau’, ‘Tiada Lagi Kidungmu’ dan ‘Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi’. 

Konsert ini dihoskan gandingan DJ Zulastree dan DJ Mimie Walla.

Radio KLfm yang dulunya dikenali sebagai Radio Malaysia Ibukota (RMIK) dan kemudiannya diberi nama sebagai Radio 3 Ibukota (R3IK) yang dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2 MHZ merupakan siaran radio khusus untuk warga kota Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan bermula pada tahun 1973 sesuai dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang pada ketika itu mengandungi lebih kurang dua juta penduduk terdiri daripad pelbagai bangsa dan agama, corak kehidupan dan pekerjaan.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

ZAROL ZARIF

Zarol Zarif Comeback Dengan Single KAN KAN