in

Konsert Kemuncak Suria FM 2012

Tepat jam 2 petang semalam (18 September 2012), Suria FM telah menjemput media bagi mengumumkan Konsert Kemuncak Suria FM 2012 serta barisan artis yang akan baut persembahan juga penaja konsert ini. Sidang media ini diadakan di Hotel Swiss-Garden Residences berserta dengan Rumah Terbuka Star Radio Group.

Wah! Seingat Budiey, ini bukan kali pertama Konsert Kemuncak diadakan. Rasanya, dah empat kali Konsert Kemuncak diadakan termasuk konsert tahun ini yang dikatakan antara konsert paling hebat bakal dipersembahkan. Malah, Budiey pernah menyaksikan sendiri konsert ini yang diadakan di Putrajaya.

Konsert Kemuncak Suria FM 2012

Kali ini, lokasi yang sama juga dipilih bagi menghargai jasa pendengar setia yang tidak pernah putus-putus menyokong stesen radio ini.

Konsert Kemuncak Suria FM 2012 pada 29 September depan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Acara bermula jam 12 tengahari, pelbagai aktiviti karnival akan berlangsung di sekitar Dataran Putrajaya dengan pelbagai aneka gerai jualan. Pada jam 3 petang pula akan diadakan acara karaoke bertujuan untuk hiburan seisi keluarga untuk berkaraoke.

Pada jam 5 petang hingga 7 malam, konsert mini akan diadakan dengan membariskan bakat-bakat muda yang semakin menempa nama dalam industri muzik seperti Drama Band, Arrora Salwa, Amir Jahari dan juga Klangit. Konsert ini akan dihoskan oleh 8 orang penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Dewi, Reza Mohamed, Bob Ringgo, Linda Onn, Tyzo dan DJ Suria Cinta DJ Lin.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Encik Yusry Abu Samah:

“Jika tahun lepas kami tampil dengan konsep Raya, kali ini kami tampil dengan konsep ceria. Selain persembahan dari artis terkenal tanah air, kami turut menampilkan tiga pelawak tempatan untuk menghiburkan semua yang hadir.”

“Selain itu, kelainan acara pada kali ini ialah kami akan mengadakan aktiviti karnival seperti acara futsal, pertandingan karaoke, aneka gerai jualan dan banyak lagi. Konsert secara percuma ini diadakan sebagai salah satu penghargaan buat para pendengar Suria FM yang selama ini tidak pernah putus-putus menyokong kami.

“Kami di pihak Suria FM juga sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menyaksikan konsert tahunan ini di mana kali ini kami akan menampilkan kesinambungan konsep 90-an dengan artis-artis baru. Saya pasti anda tidak akan rugi bila datang ke konsert ini dan saya harap sejarah akan terukir sekali lagi dengan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Putrajaya nanti.”

Bermula dari jam 12.00 tengah hari, pelbagai aktiviti bakal dijalankan di sekitar Dataran Putrajaya, diikuti pertandingan karaoke jam 3.00 petang. Manakala satu mini konsert yang menampilkan Drama Band, Arrora Salwa, Amir Jahari dan juga Klangit akan diadakan jam 5.00 petang. Konsert kemuncak pula akan bermula jam 8.30 malam menyaksikan Kumpulan Nico, Stacy, Mojo, Sixth Sense, Jimmy Palikat, One Nation Emcees, Alyah, Shila Amzah, Ella dan Faizal Tahir.

Layari laman web Suria FM untuk info lanjut:

www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Rina Meninggal Dalam Perut

AirAsia’s Free Seats Promotion International Destinations