Konsert Jelajah Malaysia JYJ
K-pop Super Boyband, JYJ Jelajah Malaysia untuk mempromosikan album baru yang menampilkan hasil kerja Kanye West and Rodney “Darkchild†Jerkins
Redstar Presents Sdn. Bhd dengan bangganya mengumumkan sebuah persembahan sulung terhebat membabitkan sekumpulan anak muda dari Korea iaitu Konsert Jelajah Malaysia JYJ sempena album baru yang bakal berlangsung pada 17 Oktober bertempat di Stadium Negara jam 2 petang.
Penganjuran konsert oleh Redstar Presents itu adalah berikutan kejayaan penganjuran konsert Super Junior “Super Show 2†yang berlangsung pada Mac lalu. Konsert ini diuruskan oleh Marctensia.
JYJ yang dianggotai tiga jejaka kacak dari Korea Selatan terdiri daripada Kim Jaejung, Park Yuchun dan Kim Junsu. Mereka sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Dongbangshinki yang juga dikenali sebagai “TVXQ†dan “Tohoshinki†yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 2003 di Korea.
Dikenali dengan wajah kacak, kemahiran menari serta kemampuan vokal yang dimiliki memudahkan mereka untuk menawan pasaran Asia dengan mudah. Mereka juga menjadi kumpulan pertama yang berjaya menembusi pasaran Jepun serta mempunyai sembilan single yang berjaya berada di dalam carta Oricon Jepun.
Menerusi kumpulan TVXQ juga, mereka pernah disenaraikan dalam buku Guiness Book Records pada tahun 2008 dan 2009 sebagai sebuah kunmpulan yang mempunyai peminat paling ramai di Seoul sahaja iaitu 800,000 orang dan juga menjadi kumpulan paling banyak dirakamkan fotonya dengan anggaran sebanyak 500 juta kali termasuk di majalah, kulit album, jaket dan juga komersial bermula sewaktu kumpulan ini ditubuhkan sehinggalah 19 Mei 2009 iaitu sewaktu masih bersama kumpulan lama mereka.
Pada tahun 2009, trio ini meninggalkan band terbabit dan menubuhkan kumpulan JYJ. Sekitar Jun tahun ini, JYJ, bersama identiti baru mereka telah mengadakan sebuah konsert di Tokyo Dome dan menyanyi di hadapan lebih 200,000 orang peminat yang datang dari 43 buah negara, seluruh dunia.Sehingga kini, DVD konsert mereka menjadi DVD nombor dua paling laris dijual iaitu 140,000 keping pada minggu pertama penjualannya.
JYJ juga diiktiraf sebagai kumpulan remaja penyanyi lelaki paling laris di Asia, mereka akan memulakan kembara mereka ke lapan buah negara bermula 15 Oktober dan berakhir pada bulan November untuk peringkat Asia sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Amerika Syarikat.
Tarikh persembahan
Bangkok 15 Oktober
Malaysia 17 Oktober
Hong Kong 24 Oktober
Taipei 30 Oktober
Shanghai 7 November
New York 12 November
Seattle 13 November
San Francisco 14 November
L.A 19 November
Untuk persembahan mereka di Malaysia, pra penjualan tiket akan bermula Ahad ini 3 Oktober jam 11pagi bertempat di Fahrenheit 88 Shopping Mall, yang juga sebelum ini dikenali sebagai KL Plaza.
Harga tiket dijual berdasarkan kategori berikut iaitu RM103 (tempat duduk), RM203 (tempat duduk bebas) RM253 (tempat duduk bernombor), RM303 (Zon Rock, Berdiri), RM800 (VIP tempat duduk bernombor).
Bagaimanapun, untuk tiket VIP kuantitinya adalah terhad dan mereka yang membelinya berpeluang beramah mesra dan bergambar secara berkumpulan bersama kumpulan terbabit.
Single pertama kumpulan itu, “Ayyy Girl†diterbitkan oleh Kanye West, yang juga meminjamkan suaranya dalam lagu itu.Lagu itu turut menampilkan Malik “The Poet†Yusef. Lagu itu menceritakan mengenai seseorang yang mengharapkan seorang gadis yang sempurna tetapi apabila bertemu dengannya, rupanya dia tidaklah sesempurna yang diharapkan.
Selain single yang memikat itu, lagu The Beginning juga menampilkan keaslian komposisi terbitan Rodney “Darkchild†Jerkins. Dua lagu lain adalah “Empty†and “Be My Girlâ€.
“Saya sangat gembira apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan JYJ dalam album sulung mereka.Ini semua seumpama pertembungan antara Timur dengan Barat dan dunai menjadi begitu indah dengan kepelbagaian budaya seperti apa yang kami lakukan ini. Berpeluang berkolaborasi dengan Kanye ibarat satu kejayaan dan juga berpeluang menembusi pasaran dunia menerusi bahasa muzik serta memperkenalkan artis dari luar Amerika dan ini adalah sebuah projek istimewa buat kami berdua,†kata Rodney Jerkins.
Album ini mengandungi tujuh buah lagu dan tiga adalah remix.Jae Chong, salah seorang penerbit terkenal Asia turut menyumbangkan sebuah lagu untuk kumpulan ini.Malah dia juga adalah antara insan yang memainkan peranan penting menganjurkan dan menerbitkan keseluruhan membabitkan trio ini.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi talian hotline at 03 2092 1199 atau 019 827 9898 serta layari laman sesawang www.marctensia.com