in ,

Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia

Istimewa buat peminat penyanyi Jason Mraz, pastikan anda bersiap sedia untuk enjoy pada bulan Mei kerana artis pemenang Grammy ini akan terbang kembali ke Malaysia untuk Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia.

Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia akan diadakan pada 13 Mei, jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini akan menjadi pertunjukan ketiga Mraz di Malaysia. Masih ingat lagi tak kali pertama pernah datang Malaysia pada tahun 2009, dan kembali lagi sekali lagi untuk siri jelajah Tour Is A Four Letter Word pada tahun 2012.

Konsert GOOD VIBES TOUR Live in Malaysia

Dalam siaran akhbar, Mraz berkata bahawa dia sangat suka datang perform dan bertemu peminatnya di Asia, dan melahirkan rasa terima kasih dan beliau cukup bersemangat kerana perasaan tidak seperti di mana-mana tempat lain di dunia.

“Ia membuat persembahan berasa lebih seperti acara daripada persembahan. Penyertaan penonton di Asia adalah harmonik dan supersonik. Saya gembira untuk kembali, menyambung semula dan merasai semula kegembiraan,”

– Jason Mraz

Mraz mula diperkenalkan pada tahun 2002 dengan album debutnya Waiting For My Rocket To Come, dan terkenal dengan hits seperti The Remedy, You And I Both, I’m Yours, I Will not Give Up, dan yang terbaru Have It All, yang diambil dari album terbarunya KNOW, dikeluarkan pada Ogos lalu.

Good vibes is good vibrations; it’s being a constant source of good energy, and I didn’t want to just limit it to the album. By the time we come here next year, the album will be almost a year old and I really wanted to bring all the albums with me,”

The whole point is to lose ourselves in song and to harmonise and connect as humans, because life can be very hard and challenging, but music is a way for us to connect to our true selves, as natural, spiritual beings. Music allows us to transcend all of that — that’s what good vibes is all about.”

– Jason Mraz

Dalam wawancara baru-baru ini dengan StarLifestyle, Mraz berkata bahawa album baru itu sejajar dengan segala yang telah dia hasilkan, dan penuh dengan getaran dan positif, seperti biasa.

Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in MALAYSIA

“Saya menggunakan muzik saya sebagai cara untuk menzahirkan dan meluahkan apa yang saya fikirkan serta apa yang saya lakukan dalam hidup.

Dalam muzik yang saya buat, saya memasukkannya kepada bahan-bahan dan pemikiran dan kebijaksanaan dan pengetahuan yang saya peroleh atau didengar dalam hidup saya. Positiviti (dalam muzik saya) benar-benar meluas dari usaha saya sendiri,”

– Jason Mraz

Tiket untuk Jason Mraz Tour Vibes Good 2019 di Kuala Lumpur berharga RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698, dan boleh didapati di www.myticket.asia.

Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in MALAYSIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sambutan Ulang Tahun ke-60 Barbie di Malaysia

Awi Rafael Lancar Single RAHASIAKU Sehari Selepas Umum Batal Pernikahan