Konsert Islamic Song Festival

KONSERT ISLAMIC SONG FESTIVAL DI DEWAN PLENARY, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE

Jika ada yang berpendapat bahawa irama nasyid sudah makin pudar, sila buang tanggapan itu jauh jauh kerana muzik nasyid sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang kuat di Negara ini.

Bagaimanapun, konsep nasyid itu semakin diperluas dan tidak terhad kepada irama nasyid tradisional semata mata. Itu semua di lakukan kerana mahu lebih ramai anak muda untuk sama-sama menghayati muzik ini.

Justeru, atas dasar yakin dan percaya bahawa irama keislaman masih mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira batas umur dan lapisa masyarakat, sebuah syarikat pergurusan acara, Out of This World Sdn Bhd meneruskan perjuangan yang mereka cetuskan tahun lalu iaitu menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2 yang akan di langsungkan pada hari Sabtu, 30 April selama dua hari bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, mulai jam 8 malam.

Menurut Pengarah Operasi Out of This World Sdn. Bhd. Cik Afizah Ismail, mereka terpanggil untuk menganjurkan Islamic Song Festival ini adalah kerana mereka peka dan mengambil kira perubahan cita rasa muzik di kalangan remaja, bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang lebih menggemari genre muzik terkini.

“Jika diperhatikan kebanyakkan remaja masa kini lebih terdedah dengan muzik yang lebih moden seperti R&B, Rap, World Music, Kontemporari dan Hip Hop yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada kurangnya minat remaja menyaksikan persembahan nasyid tradisional”: kata Afizah.

Katanya lagi, genre nasyid moden yang kini mengambil alih tempat dan semakin popular di kalangan remaja dari Negara Islam yang lain juga menjadi faktor utama mengapa mereka begitu berminat untuk menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2.

Selain itu, penganjuran acara ini juga ada kaitan dengan imej Malaysia sendiri yang cukup dihormati oleh Negara Islam yang lain.

“Contohnya, Malaysia di mata dunia dianggap sebuah model Negara Islam yang menuju ke arah status Negara maju namun pada masa masih di imbangi dengan element keislaman. Justeru dengan adanya acara seperti ini iaitu Islamic Song Festival, sedikit sebanyak menunjukkan Malaysia juga berusaha untuk menerapkan nilai keislaman yang bukan sahaja menerusi gaya hidup tetapi juga dari segi muzik mereka,” ujar nya lagi.

Persembahan yang memakan masa selama empat jam setiap malam itu akan menampilkan artis solo/kumpulan antarabangsa dan satu artis solo/kumpulan Malaysia dan setiap dari mereka itu akan membuat persembahan masing-masing selama 30 minit.

‘Selepas menghantar surat jemputan, kami merasa cukup bangga apabila undangan kami mendapat maklum balas daripada 40 artis solo/berkumpulan yang menunjukkan minat untuk menyertai acara ini.

Bagaimanapun selepas di teliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami telah menetapkan 12 artis solo/berkumpulan antarabangsa, 1 artis solo dan 1 artis kumpulan nasyid dari Malaysia akan diketengahkan dalam Islamic Song Festival ini,’ ujarnya.

Setiap dari mereka ini juga mewakili genre muzik masing-masing seperti Folk, Acapella, Hip Hop, Kontemporari, Tradisional, Progresif, Pop, R&B dan World Music.

Malam pertama Festival tersebut iaitu pada hari Sabtu, 30 April, akan memperlihatkan persembahan Duta Nasyid Indonesia, Opick. Beliau akan disertai oleh Brothers (Malaysia), Kumpulan Nasyid Hip Hop/Rap The Brothahood dari Australia, Khaleel Mohamad (UK), Khalid Belrhouzi (Peranchis) menampilkan Ziryab (Arab Saudi) dan Bennami (Brazil), Fez Meghani & Aftab Ali (AS) dan La Rappel (Peranchis).

Tarikkan utama pada malam ke dua, Ahad 1 Mei ialah Zain Bhikha dari Afrika Selatan.

Beliau yang bakatnya di asuh oleh lagenda Nasyid Dunia Yusof Islam, kini merupakan salah seorang artis Nasyid yang di minati di seluruh dunia. Beliau akan diiringi oleh dua pemain perkusi dari Amerika Sayrikat dan tiga vokalist pengiring akan mepersembahkan lagu-lagu dipetik dari album- albumnya 1415 The Beginning, Allah Knows, Mountains of Makkah, Faith, A Way of Life dan Our World.

Selain dari Zain, pada malam ke dua festival akan menampilkan Kumpulan Debu yang mempunyai 12 anggota bermain berbagai alat-alat musik timur dan barat. Persembahan nasyid mereka beriramakan “World Musik” dan senikata lagu-lagu adalah dalam Bahasa Indoensia, Inggeris dan Arab. Keunikkan kumpulan yang sekarang menetap di Indonesia adalah 10 dari ahli kumpulan termasuk penyanyi utama/ketua kumpulan Mustafa Daood berkulit putih dan berasal dari Amerika Syarikat.

Yasin (Malaysia), kumpulan Aashiq al-Rasul (UK), kumpulan Hip Hop dari Amerika Syarikat Native Deen dan kumpulan Noor (AS) melengkapi barisan artis pada malam tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tycoons of Asia Ho Kwon Ping

Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2