in

Konsert iKON & WINNER di Malaysia

MARATON MUZIK DI HUJUNG MINGGU BERSAMA iKON DAN WINNER MACPIEPRO MEMBAWA MUZIK TANPA TEKANAN SECARA LANGSUNG

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2018 – Peminat K-pop Malaysia sangat bertuah kerana dua kumpulan ternama yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu iKON dan WINNER bakal berkunjung ke negara ini.

Kunjungan mereka yang dibawa khas oleh MacpiePro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajahan dua kumpulan ternama itu.

WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR IMAGE

Konsert anjuran MacpiePro, iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), bermula pada pukul 6 petang.

WINNER akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia, manakala ini adalah kemunculan kali kedua untuk kumpulan iKON.

Konsert dua hari berturut-turut pada hujung minggu itu, membuktikan bahawa MacpiePro memenuhi janji untuk menyemarakkan lagi persembahan secara langsung di masa akan datang kepada peminat-peminat K-Pop tempatan.

iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR IMAGE

iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER yang dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Tiket untuk setiap konsert berharga RM693 (Zon IKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).

Menepati kehendak ramai iaitu “MUZIK TANPA TEKANAN”, pihak MacpiePro menawarkan harga tiket yang berpatutan secara eksklusif kepada penonton remaja untuk hadir pada kedua-dua konsert tersebut kerana harga istimewa itu pernah ditawarkan dalam pesta muzik anjurannya sebelum ini.

Peminat yang berumur 18 tahun ke bawah berhak menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua-dua konsert ini.

Tiket boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my mulai 12 tengah hari, mulai 23 Ogos 2018 untuk konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR.

Untuk jualan tiket WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, akan bermula pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon IKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yagn membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing. Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

winnerseating plan

seating plan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minggu Pertama HANTU KAK LIMAH Raih Kutipan RM13.6 juta!

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size