Pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi atau John Lemon sebelum konsert berkata beliau yakin dengan line-up ‘rojak’ di Konsert Hausboom dengan barisan artis yang dipilih tidak tertumpu kepada satu genre sahaja.
“Hausboom Music menjangkakan 12,000 peminat akan muncul ketika konsert ini nanti. Seperti dua tahun lalu, dengan satu tiket peminat boleh melihat 12 artis berbeza genre dengan satu harga,” katanya.
Ternyata jangkaan John tepat apabila 13,000 peminat hadir ke Hausboom Concert dan sudah berada di perkarangan MAEPS Serdang sejak jam 10.00 pagi untuk tidak terlepas peluang membeli merchandise rasmi konsert ini.
Ia mungkin tidak terjadi di konsert tempatan yang lain di mana merchandise rasmi walaupun berharga ratusan ringgit boleh sold out dalam masa beberapa jam sahaja.
Koleksi kolaborasi 3 jenama antara Hikari Riders, SVG dan Hausboom laris seperti goreng pisang panas dan ada yang sanggup beratur malam sebelum konsert kerana tidak mahu terlepas peluang membeli merchandise ini! Ramai juga yang terus menyarung jersi dan t-shirt yang dibeli ketika konsert berlangsung.
Sejak Hausboom edisi yang pertama lagi, mereka ‘langgar’ sahaja dengan menyusun artis tidak mengikut genre. Percaturan itu dilihat berhasil dan diteruskan dalam edisi kedua tahun ini. John berpegang kepada prinsip ‘music itu universal’ dan perlu dilayan oleh semua tanpa prejudis.
Ternyata crowd yang hadir sangat supportif dan memberi sokongan dari jam 2 petang pintu dibuka hingga ke persembahan terakhir oleh legenda Wings dan tamat sekitar jam 12 malam. Peminat yang hadir juga tidak setakat peminat tempatan tetapi peminat dari Singapura dan Brunei turut sama hadir.
Ketika set Bunkface semua jadi punk, ketika set Ruffedge dan Joe Flizzow semua jadi hip hop, ketika set Hujan dan Wings semua jadi rockers. Memang best!
Artis yang membuat persembahan juga memberi persembahan 100%, ibarat ‘lepas geram’ selepas 2 tahun kita tidak disajikan dengan sebarang persembahan pentas. Joe Flizzow sebagai contoh hadir dengan band untuk menyanyikan lagu-lagu popularnya. Satu persembahan yang sangat lain feel-nya dan sangat menghiburkan.
Pemilihan MAEPS sebagai lokasi konsert juga dilihat sangat bersesuaian dan mungkin boleh dijadikan venue untuk persembahan skala besar yang lain di masa akan datang.
Pujian juga harus diberi kepada sistem pencahayaan dan grafik persembahan pada malam ini. Sangat menarik dengan setiap artis mempunyai grafik bergerak mereka yang tersendiri. Lagi naik mood persembahan artis!
Disebabkan ia berlangsung secara indoor, walaupun hujan mula turun pada sebelah malam konsert tidak terjejas dan penonton juga kekal selesa dan tidak ‘kuyup’. Lokasinya juga lengkap dengan surau manakala tempat makan dan jualan makanan juga luas dan selesa.
Konsert Hausboom Music 2022 boleh dijadikan benchmark untuk konsert tempatan lain di masa akan datang dari segi persediaan, pemilihan lokasi dan merchandise.
Tahniah buat team Hausboom dan artis apa pula yang anda mahu lihat untuk edisi yang akan datang?