in ,

Konsert Gegar Vaganza Uji Kemampuan Peserta dengan ‘Berani Ke Idok’?

Konsert kedua ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV4’ bertemakan ‘Sekali Dengar, Melekat!’ Ahad lalu menyaksikan peserta tunggal yang berasal dari Singapura, Ferhad menjadi peserta pertama tersingkir untuk musim ini. Pada konsert berkenaan, nasib tidak menyebelahi Ferhad yang telah menyanyikan lagu ‘Harus Terpisah’ nyanyian asal Cakra Khan apabila gagal memikat hati juri sehingga menerima markah terendah daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang berserta juri undangan Datuk Jalaluddin Hassan.

image007

Pusingan kedua ini juga menyaksikan persembahan memukau oleh Liza Hanim yang membawakan lagu ‘Aku Hanya Pendatang’ dengan cukup baik sehingga menerima ‘standing ovation’ daripada Tok Ram dan Ibu Hetty sekaligus meletakkan beliau di kedudukan teratas dengan markah keseluruhan sebanyak 83.8 %. Haida turut menyerlah dengan lagu ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’ dan berada di tempat kedua dengan markah 72.9%. Persembahan Haida juga mendapat pujian pihak juri yang berpendapat bahawa beliau menunjukkan peningkatan yang luar biasa untuk minggu ini.

Hazami ‘Diganggu’ Sesuatu di Pentas GEGAR VAGANZA Minggu Ke-2

Penghayatan dan kawalan vokal mantap yang dipamerkan oleh Hazami untuk lagu ‘Setengah Mati Merindu’ pula meletakkan beliau di tangga ketiga dengan markah sebanyak 71.9%. Sementara itu, Elyana yang membawakan lagu ‘Masih Cinta’ sekali lagi dipilih sebagai pemenang mingguan ‘Anugerah Gelora Vida Vaganza’ setelah menerima jumlah ‘Likes’ terbanyak di laman sosial ‘Instagram’ Penaja Platinum, Dato’ Seri Vida.

Ini Rahsia Aishah Jaga Suara Maintain Macam Suara Kaset #gv4

Konsert Gegar Vaganza di minggu ketiga bakal mengangkat tema ‘Berani Ke Idok?’ yang mana setiap bintang GV4 diberi cabaran di luar lingkungan zon selesa dengan membawakan lagu-lagu yang bukan ‘makanan’ kebiasaan mereka.

Untuk pusingan ini, Firman bakal menyanyikan lagu ‘Zalikha’ yang sedang popular nyanyian asal oleh Floor 88. Hazami pula dengan lagu ‘Joget Kenangan Terindah (Datuk Sudirman), Lan Kristal dengan ‘Sayang-Sayang’ (Aliff Aziz), Tia Jinbara dengan ‘Bila Resah’ (Anuar Zain) dan Aqasha dengan ‘Cinta Tak Karuan’ (Amigos).

Konsert Gegar Vaganza

Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu Yuna berjudul ‘Terukir Di Bintang’, Liza Hanim dengan lagu ‘Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Elyana dengan Wulan Merindu (Cici Faramida), Syura dengan ‘Knock Knock (Elizabeth Tan), Haida dengan ‘Kenangan Bersamamu (Lefthanded) dan Raja Azura dengan ‘Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Dolls).

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Ketiga) akan berlangsung pada 12 November 2017 (Ahad), di Dewan Sri Putra.

Liza Hanim Hampir Hilang Suara di Konsert GEGAR VAGANZA 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One World Hotel Continues To Make Its Mark On The Global Stage

Vessbroz Lancar Album Pertama Kolaborasi Bersama Artis Dari 5 Kontinen