in

Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini

Evanescence Teruja Dengan Konsert Malam Ini

Kumpulan Evanesence bakal tampil dalam konsert Live in Malaysia 2012 pada malam ini.

Kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Evanescence (gambar) mengakui berasa bangga dengan kemunculan semula mereka di persada muzik selepas lima tahun berehat. Vokalisnya Amy Lee, berkata sambutan yang baik terhadap album ketiga berjudul Evanescence itu memberikan kepuasan kepada mereka sebagai penggiat muzik.

Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini

“Kami sangat berbangga dengan album ini dan menyifatkan ia sebagai karya terbaik setakat ini. Tempoh berehat untuk sekian lama, membolehkan kami menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik dan berbeza,” katanya.

Kumpulan ini ditemui pada sesi temu ramah bersama media yang berlangsung di Hotel Hilton, di sini, petang Khamis. Kunjungan kumpulan yang terkenal dengan lagu Bring Me To Life ini adalah bersempena sesi jelajah album tersebut yang mula dipasarkan sejak Oktober tahun lalu.

Evanescence yang turut dianggotai Terry Balsamo (gitar), Troy McLawhorn (gitar), Tim McCord (bass, sythesizer) dan Will Hunt (dram) ini bakal mengadakan konsert sulung mereka, Evanescence Live in Malaysia pada pukul 8.30 malam Khamis (malam ini) di KL Live, di sini.

Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini

Ketika ditanya mengenai reaksi mereka berhubung kritikan positif pengkritik muzik terhadap album berkenaan, Lee berkata mereka gembira dan berasa puas kerana eksperimen muzik terbaru itu diterima baik.

“Ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana album terbaru itu dihasilkan dengan gabungan pelbagai elemen. Muziknya lebih dinamik dan dekat dengan kami. Ia satu eksperimen baru yang melonjakkan muzik kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Berkongsi perasaan mereka mengenai konsert malam Khamis, Lee berkata kunjungan ke Malaysia merupakan salah satu daripada misi mereka sebagai artis.

“Kami terlalu teruja kerana akhirnya berpeluang untuk tiba di Malaysia. Kami sudah tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat di sini,” katanya yang akan mengenakan imej berbeza pada persembahannya berbanding kebiasaannya berwarna hitam.

Sebelum ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh Lee dan bekas pemain gitar Ben Moody di Little Rock, Arkansas ini pernah mengeluarkan dua album studio iaitu Fallen (2003) dan The Open Door (2006).

Konsert pada Khamis dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Warner Music Malaysia. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh di MITC Ayer Keroh Melaka

Drama Popular Sunny Girl Dalam Slot Hito Idol