Peminat Ed Sheeran dan The Script kini boleh menikmati persembahan muzik secara langsung dan peribadi! Hotlink, bersama-sama dengan PR Worldwide (PRWW), akan membawa penyanyi-penulis lagu British dan kumpulan pop rock dari Ireland ke Malaysia, menandakan pertama kalinya persembahan mereka di negara ini.
Ed Sheeran akan menghiburkan peminat pada 16 Mac 2015 di Pusat Konvensyen KL, sementara The Script akan membuat persembahan di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil pada 19 April 2015. Sebagai penyampai kedua-dua konsert, Hotlink, jenama prabayar Maxis, akan menawarkan 200 pelanggan Hotlink pertama yang membeli tiket untuk mana-mana konsert dengan diskaun 5%. Pelanggan Hotlink boleh mendapatkan kod promo hanya melalui Hotlink RED App. Selain itu, pelanggan juga akan dapat menikmati pengalaman yang eksklusif dan ganjaran sempena konsert-konsert tersebut.
Hotlink adalah penyampai konsert Ed Sheeran dan The Script di Malaysia, yang akan berlangsung pada bulan Mac & April 2015 masing-masing. 200 pelanggan Hotlink yang pertama akan menikmati diskaun 5% pada tiket dengan kod promo yang boleh didapati di Hotlink Red App. Pengalaman dan ganjaran istimewa seperti pas-pas bertemu dan belakang pentas eksklusif. Hotlink Red App degan secara automatic memberikan pelanggan akses kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun dan pengalaman yang unik.
Navin Manian , Ketua Prabayar Maxis, Perniagaan Pengguna berkata,
“Kami berasa bangga lagi sekali untuk membawa acara menarik kepada pelanggan kami melalui Red App Hotlink. Dengan aktiviti ini yang baru, kami sentiasa membolehkan pelanggan kami untuk mendapat akses kepada dunia #LiveLifeLoud. Pelanggan kami terus dihargai dengan pengalaman yang unik dan ini tetap konsisten dengan cita-cita kami untuk Hotlink . Hotlink RED App bukan sahaja satu aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya, tetapi merupakan pintu gerbang benar ke pengalaman dan ganjaran yang amat menarik.”
ALAMILAH ED SHEERAN DAN THE SCRIPT SECARA LANGSUNG DI KL DENGAN HOTLINK RED APP!
Hanya 200 pelanggan Hotlink dengan kod promo akan dapat membeli tiket untuk konsert Ed Sheeran ini dari 8 November pada harga diskaun RM280.25 (NP. RM295) (tidak termasuk caj tiket RM3) . Sementara itu , tiket untuk konsert The Script boleh didapati dari 22 November 2014. Butir-butir lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Untuk membeli tiket dan menikmati diskaun tiket 5% untuk kedua-dua konsert, pelanggan dengan kod promo hanya perlu:
1. Dapat kod promo melalui Hotlink RED app dari 7 November
2. Beli tiket melalui tiga kaedah (laman web jualan tiket, secara ‘walk-in’ ke pejabat PRWW atau telesales) dari 8 – 10 November
3. Semasa pembelian, pelanggan Hotlink hanya perlu:
• Masukkan kod promo anda sebelum membeli tiket secara dalam talian (online) di www.prworldwidelive.com
• Menyediakan kod promo melalui tempahan telefon dengan menghubungi 03 74933010 dari Isnin hingga Jumaat, 9:30am – 6:00pm (Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
• Tunjuk telefon anda sebagai bukti bahawa anda berada di rangkaian Maxis di kaunter ‘walk-in’: (Isnin hingga Jumaat, 9:30am – 6:00pm )
i. PR Worldwide: 805 PJ Tower, Amcorp Mall
ii. Seat Advisor: A-2-32 , IOI Boulevard, Jalan Kenari, Bandar Puchong Jaya
Selain diskaun tiket, pelanggan yang memuat turn Hotlink RED App juga akan dapat menikmati pengalaman yang istimewa dan hadiah percuma dan seterusnya persembahan seperti tiket percuma, pas belakang pentas dan bertemu eksklusif serta peluang untuk memenangi barangan aotograf daripda artis.
Hotlink RED App, yang dilancarkan pada Mei tahun ini, merupakan satu aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya, yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih.
Dengan memuat turun aplikasi ini, pelanggan Hotlink dengan secara automatik akan mendapat akses ke ganjaran #LiveLifeLoud pada sepanjang tahun, termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.
Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Hotlink sempena konsert, sila layari www.hotlink.com.my.