in , ,

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged Pada 30 September Ini

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged turut disertai rakan-rakan seni yang prihatin

Keadaan fizikal penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim sentiasa mendapat perhatian dan keprihatinan ramai. Malah sakit yang dialaminya iaitu hingga membuatkan tubuh badannya membengkok sering mendapat simpati dan doa terutamanya dari kalangan peminat. 

Vokalis kumpulan Slam yang menderita penyakit skoliosis sejak 2015 itu bersyukur, pihak hospital memberi jaminan peluang untuknya kembali sembuh selepas pembedahan. “Tulang belakang sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi, saya perlu melakukan pembedahan segera,” ujarnya dala satu temuramah bersama media.

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged, September Ini

Zamani, 51, dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya pada November ini. Sehubungan dengan itu, pihak Indera Entertainment dengan rendah dirinya telah merancang sebuah konsert yang diberi judul Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 malam. 

“Konsert ini dilaksanakan untuk membantu Zamani bagi mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan sehari-harian selepas itu. Kita sedia maklum bahawa selepas pembedahan, beliau akan rehat untuk satu jangka masa yang panjang dan itu akan memberi efek kepada pendapatannya,” ujar Aalan Ahmad selaku penganjur dari Indera Entertainment 

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged, September Ini

Konsert yang dijadualkan dalam durasi 90 hingga ke 120 minit ini dibuat dalam versi unplugged dan akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain. Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan istimewa oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. 

“Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang agak jarang saya nyanyikan di pentas dan kali ini dalam versi unplugged. Ini juga merupakan konsert solo pertama saya sepanjang bergelar artis,”

– Zamani
Konsert Doa Buat Zamani Unplugged, September Ini

Tiket-tiket bagi konsert ini akan mula dijual pada 17 Ogos 2022. Tiket-tiket berharga  RM238 (Nur Kasih), RM288 (Rindiani),  RM388 (Maria Mariana) dan RM 499 (Kurnia – Meet & Greet) di www.mytickets.asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor 

Rakaman BUAT INSAN TERSAYANG Ahmad Syafiq & Wawa Shazwa