Konsert D’Masiv 20AD To The World yang berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur telah mencipta kenangan yang tak terlupakan bagi para peminat kumpulan muzik terkenal dari negara seberang ini.
Dalam persembahan yang penuh tenaga dan energetik, vokal Rian Ekky Pradipta sebagai penyanyi utama D’Masiv telah memukau seluruh penonton yang hadir. Memang padu habis!
Malam kedua konsert ini menjadi luar biasa dengan kehadiran lebih dari 2,000 orang penonton yang memberikan sokongan yang menggebu-gebu dan turut menyanyikan lagu bersama sepanjang acara berlangsung.
D’Masiv yang terkenal dengan lagu-lagu yang mendayu-dayu telah berhasil membuat para penonton merasakan perasaan ‘galau’ dengan kelunakkan suara Rian dalam setiap persembahannya.
Tidak hanya itu, sebagai hadiah kepada peminat setia, D’Masiv telah membawakan sebanyak 25 lagu pada malam tersebut, memenuhi keinginan para peminat mereka.
Dalam konsert tahunan yang penuh semangat, D’Masiv memanjakan peminat dengan rangkaian lagu-lagu hits mereka.
Beberapa lagu yang dipersembahkan termasuk “Dibawah Langit Yang Sama,” “Apa Salahku,” “Jangan Menyerah,” “Hapus Aku,” “Pergilah Kasih,” “Rindu Setengah Mati,” “Tak Bisa Hidup Tanpamu,” “Merindukanmu,” “Semakin,” “Cinta Ini Membunuhku,” dan masih banyak lagi.
Tanpa Persembahan Bersama Giring
Apa yang menyedihkan apabila sepatutnya bekas vokalis kumpulan popular Nidji, Giring bakal berduet dalam lagu Hapus Aku untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua tetapi keadaan tidak mengizinkan atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun dengan kehadiran Giring, bekas vokalis Nidji, tidak dapat digabungkan dalam satu pentas bersama D’Masiv dalam Konsert D’Masiv Road To The World di Zepp malam tadi, Giring tetap hadir untuk memberikan sokongan kepada kumpulan tersebut dalam perayaan ulang tahun ke-20 mereka bersama para peminat di Malaysia.
Meskipun tanpa kehadiran Giring di atas pentas, D’Masiv tetap memberikan pengalaman yang menghiburkan dan menggugah perasaan bagi para penonton dengan persembahan mereka yang penuh emosi dan semangat.
Rian kemudian melanjutkan, “Kami berharap suatu hari nanti kami akan mendapat peluang untuk berpentas bersama-sama dan menghiburkan anda semua. Oleh itu, sebagai penghargaan kepada peminat Giring dan Nidji, saya akan menyanyikan lagu ‘Hapus Aku’ secara khas. Terima kasih atas sokongan anda semua!”
Giring dengan penuh energi berdiri di atas ruang legar penonton dan berpuas hati dengan persembahan D’Masiv ketika mereka menyanyikan lagu “Hapus Aku”.
Kumpulan D’Masiv, yang terdiri daripada Rian Ekky Pradipta sebagai vokalis, Dwiki Aditya Marsall dan Nurul Damar Ramadan sebagai pemain gitar, Rayyi Kurniawan sebagai pemain keyboard, Iskandar Dinata sebagai pemain bass, dan Wahyu Piadji sebagai pemain drum,
Sementara itu, penganjur Neptunes Presents akan melanjutkan projek Senandung Malam Volume 3 dengan membawa kumpulan-kumpulan popular Indonesia pada bulan September.
Persembahan itu tetap menjadi persembahan terbaik kerana mendapat sokongan penuh dari peminat yang menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat.
Mereka telah mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan lagu hits, Cinta Ini Membunuhku yang dinantikan ramai peminat pada malam tersebut.
D’Masiv akan meneruskan siri jelajah seterusnya di Jakarta, Indonesia pada 1 Julai depan, diikuti Singapura pada 6 Julai depan.
D’Masiv juga bakal terbang ke Australia dan Amerika Syarikat untuk siri jelajah, tahun ini.
Sementara itu, penganjur, Neptunes Presents akan meneruskan projek Senandung Malam Volume 3 dengan membawa kumpulan popular Indonesia pada September ini.
Kredit foto: @brstmode