Walaupun ‘antik’ namun iramanya tetap ada pesona. Sering dimainkan di corong-corong radio. Itu bukti, kumpulan D’Lloyd ini tetap unggul. Lagu-lagunya mudah, seni katanya yang indah dan dekat dengan hati para peminatnya.
Mungkin kerana itu, kumpulan D’lloyd masih diingati sampai sekarang. Budiey dengar, kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Cinta Hampa, Hidup Di Bui, Keagungan Tuhan, Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia ini akan mengadakan konsert di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Konsert yang akan diadakan pada 6-8 Mei 2011 ini turut menampilkan Datuk Ahmad Jais.
Tiket boleh dibeli di Istana Budaya dan www.ticket2u.biz.