Rakaman konsert yang berlangsung pada 9 Februari lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur ini menampilkan pengacara Adibah Noor dan menggabungkan artis terkemuka tanah air Dato’ Jamal Abdillah dengan lagu ‘Bunga Pujaan’, ‘Dari Sudut Kamar Hati’ dan ‘Seniman Menangis’.
RTM Siar Konsert DiRaja Negeri Sembilan, 23 Februari Ini di TV2
Dayang Nurfaizah bakal muncul dengan pilihan lagu ‘Penawar Rindu’, ‘Hakikat Cinta’, ‘Lelaki Teragung’ dan duet bersama-sama Hael Husaini untuk lagu ‘Haram’. Hael kemudiannya tampil solo mendendangkan lagu popularnya ‘Jampi’. Penyanyi Aishah pula membawakan lagu ‘Syurga di bawah Telapak Kaki Ibu’ dan ‘Janji Manismu’.
Saksikan juga persembahan Syamel dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ dan mashup ‘Fly Me To The Moon’dan ‘Lucky’, duet Syamel dan penyanyi Indonesia, Ratu Sikumbang. Ratu Sikumbang juga menyanyikan lagu medley ‘Pelangi’ dan ‘Dalam Kenangan’ juga lagu ‘I Will Always Love You’.
Penonton turut dihiburkan oleh penyanyi Poova dengan lagu ‘The Way You Look Tonite’, Noryn Aziz lagu ‘Never Enough’dan ‘Rockabye’gandingan Poova, Noryn Aziz dan Juzzthin.
Istimewa kemunculan YM Tunku Zain dengan alunan piano instrumental ‘One Note Samba’diikuti lagu ‘I Wanna Hold Your Hand’dan medley lagu ‘Buka Pintu’, ‘Lihatlah’ dan ‘Tiru Macam Saya’, duet bersama-sama Ushera. Saksikan juga medley lagu ‘This Is Pilah’dan ‘Pulang Merantau’ gabungan pentas YM Tunku Zain, Waris dan Ushera.
Persembahan artis diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) terdiri daripada 52 pemuzik di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail dan Jari.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.