in ,

Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 Rai Ulangtahun Ke-10 Afgan

Bersempena ulangtahun ke 10 Afgan dalam industri muzik, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia ini akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.merupakan hadiah istimewa dari Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik.

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Diiringi The Gandarianz, konsert Afgan kali ini pasti berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini.

“Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun ini bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Ini kerana selama 10 tahun bukan hanya sekadar lagu dan kejayaan saya tetapi lebih kepada perjalanan saya sebagai seorang insan. Konsert ini sangat peribadi bagi saya kerana ini adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat.” – Afgan

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah.

Afgan telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia. Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Shiela Majid, Rossa,

Raisa, SonaOne dan terkini bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia.

Konsert ini turut menampilkan Ruffedge, kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia sebagai artis undangan. Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge pernah memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik melalui dua buah album, Defined dan Ruffera.

Dianggotai Cat Farish, Zain Hamid, Azan Addin, Amir Munawer, Sein dan Mode, kini Ruffedge kembali sempena meraikan ulangtahun ke-20 dalam industri. Terkenal menerusi lagu hit seperti ‘Tipah Tertipu’, ‘Khayalan’ dan ‘Lemas’, peminat boleh menikmati lagu terbaru dari kumpulan tersebut berjudul ‘Seperti Mereka’.

Satu sidang media bersama Afgan telah diadakan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur dimana Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani mengucapkan penghargaan di atas sambutan menggalakkan yang diterima dari peminat terhadap konsert ini dan memaklumkan bahawa tiket konsert RM288 (Silver) dan RM1288 (Diamond VVIP) telah habis dijual.

Khusus buat pembeli tiket Diamond VVIP, mereka akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan.

Selain itu, Malaysia menjadi destinasi pertama Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 ini dan Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500).

Afgan Konsert Dekade Press Conference

“Berdasarkan pada populariti Afgan dan sambutan peminat di sini, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out.” – Nik.

Manakala bagi Maybank, Mr B. Ravintharan Balakrishnan, Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank berkata “Pihak Maybank berbesar hati bekerjasama dengan Nizra Production sempena Konsert DEKADE Afgan Live in Kuala Lumpur 2018.

Melalui perkongsian ini, pemegang kad Maybank berpeluang menikmati tawaran eksklusif sebagai usaha kami dalam terus menghargai pelanggan melalui pengalaman istimewa”. Selain Maybank, konsert ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, Ticket Charge, E&O Residences dan Hamza Motors.

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) melalui https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811.

Manakala, buat pemegang kad debit dan kredit Maybank dari Malaysia, Indonesia, Singapura Brunei, Kemboja dan Filipina, boleh menikmati 10% diskaun untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori.

Istimewa buat semua pembeli tiket konsert, dimana turut berpeluang menerima hadiah pakej penerbangan dua (2) orang pergi dan balik ke mana-mana destinasi di seluruh dunia oleh Turkish Airlines menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan di konsert tersebut.

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekali, membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Mengenai Nizra Production
Nizra Production merupakan sebuah produksi tempatan yang menfokuskan dalam penganjuran majlis, acara, konsert mega dan lain-lain. Nizra Production menawarkan khidmat runding dalam kepakaran mengurus, merancang dan melaksana bukan hanya konsert malah festival. Mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam industri, pastinya membantu dalam mencapai kejayaan secara berterusan.

Mengenai Maybank
Maybank ditubuhkan pada tahun 1960 dan merupakan antara syarikat terbesar dengan permodalan pasaran di Bursa Malaysia (Bursa Malaysia). Menduduki tempat pertama di kalangan syarikat Malaysia dan tersenarai di antara 500 syarikat terkemuka di dunia di Forbes Global 2000. Kumpulan Maybank menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang meliputi perbankan komersil, pelaburan perbankan, perbankan Islam, perbankan luar pesisir, pajakan dan sewa beli, insurans, perkhidmatan pemegang amanah, pengurusan aset, pembrokeran saham, perkhidmatan penama, modal teroka dan Internet perbankan. Misi Maybank adalah untuk memanfaatkan perkhidmatan kewangan di seluruh Asia, dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan kepada rakyat dengan syarat dan harga yang adil, dan sentiasa berada bersama masyarakat.

Mengenai Hot FM
Mula menghangatkan gelombang udara dalam penyiaran radio pada Februari 2006, Hot FM terus berkembang menjadi salah sebuah stesen radio yang berjenama kukuh seiring dengan pesaing yang lain. Merupakan stesen radio kedua milik Media Prima Berhad, Hot FM menyasarkan golongan 30 tahun ke bawah dan majoriti pendengar adalah pekerja kolar putih dan pelajar. Dengan misi untuk sentiasa relevan dengan perubahan lanskap radio yang pesat, Hot FM terus aktif dengan senergi telefon pintar yang lebih mobil serta menumpukan operasi bukan sahaja melalui radio tradisional malah melalui platform digital dan media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube) dengan jumlah terkumpul terkini hampir 6.6 juta pengikut dan peminat atas talian. Hot FM sentiasa berusaha untuk memberikan pengisian yang kreatif di samping lagu-lagu hits terkini untuk terus kekal menjadi sebahagian daripada gaya hidup pendengar stesen ini.

Mengenai Kool FM
Kool FM merupakan stesen terbaharu yang beroperasi di bawah sayap pengurusan Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) dengan objektif untuk mengukuhkan kedudukan RRMP dalam industri penyiaran radio tempatan yang kompetitif. Dilancarkan pada 1 Mac 2016, Kool FM memberikan nilai alternatif bukan sahaja untuk pendengar malah untuk rakan niaga yang sedia ada. Menyasarkan pasaran Melayu 25-44 tahun, Kool FM menawarkan lagu hit tempatan dan luar negara dari tahun 80-an, 90-an dan juga hit terkini / semasa melalui radio tradisional dan digital. Dengan hanya beroperasi melalui 5 frekuensi meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Alor Setar, Kool FM kini mempunyai hampir 404,000 pendengar dan merupakan stesen berbahasa melayu nombor dua negara dengan masa mendengar (Time Spent Listening) sebanyak 8 jam 27 minit. Kool FM juga turut mengumpul hampir 305,512 pengikut serta peminat atas talian melalui akaun-akaun rasmi media sosial stesen itu meliputi Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Mengenai Red Box
Red Box adalah sebuah pusat karaoke terkemuka yang menjadi keutamaan pengunjung untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga. Selain bilik persendirian, Red Box Karaoke turut menyajikan makan & minuman di bawah satu bumbung, pada harga yang berpatutan. Rangkaian Red Box Karaoke yang pertama telah dibuka di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 17 September 2000. Mengamalkan konsep “mesra pelanggan” dengan keutamaan lain seperti pilihan lagu terkini, teknologi terkini, rekaan dalaman yang santai, ramuan ini telah berjaya menjadikan Red Box Karaoke sebagai sebuah penyedia pusat hiburan yang bersih dan sihat di Malaysia. Kelainan imej yang ditonjolkan menjadikan Red Box Karaoke telah mandapat perhatian sejak ia mula diperkenalkan. Dan, kini menjadi ikutan pusat karaoke lain menyedari kepentingan konsep pusat karaoke keluarga yang bersih dan sihat di kalangan karaoke goers.
Terdapat 9 cawangan Red Box Karaoke di seluruh Malaysia yang didatangkan dengan jenama yang berlainan iaitu Red Box, Green Box dan Red Box PLUS. Matlamatnya untuk memberi pengalaman berkaraoke bersesuaian dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Mengenai Turkish Airlines
Turki “bintang yang semakin meningkat”, Turkish Airlines memulakan perjalanannya pada tahun 1933 dengan hanya lima pesawat dan kini mempunyai pesawat penumpang dan kargo sebanyak 329 pesawat. Pertumbuhan pesat yang telah dicapai meletakkan Turkish Airlines di kalangan syarikat penerbangan teratas di dunia. Fokus dalam meningkatkan kedudukan dan tenaga kerja dapat dilihat menerusi angka pertumbuhan yang ketara dan pendekatan yang inovatif, Turkish Airlines sentiasa meletakkan tanda aras di bawah kejayaan penting yang dilakarkan dalam sektor ini.

Mengenai E&O Residences
Nikmati kemewahan dan perkhidmatan moden di E & O Residences yang mengimbangi perkhidmatan peribadi sebuah hotel yang intim, dengan ruang dan keselesaan kediaman kontemporari. Terletak betul-betul di tengah-tengah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur (CBD), E & O Residences terdiri daripada 200 suite eksklusif dan bergaya yang menawarkan nafas mengambil pemandangan latar langit bandar, dan menjanjikan ruang yang diidamkan. Direka untuk memenuhi keperluan para eksekutif dan ekspatriat perniagaan hari ini, anda akan mendapati diri anda menikmati semua keselesaan dan kemudahan rumah, bersama-sama dengan pelbagai kemudahan perniagaan dan rekreasi dalam persekitaran. Walau bagaimanapun, apa yang membezakan kami dari perkhidmatan pangsapuri lain adalah warisan dimana ia adalah Kediaman Perkhidmatan yang pertama untuk berkongsi nama dan salasilah Hotel Eastern & Oriental yang terkenal di Pulau Pinang. Di sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan peribadi dan concierge 24-jam sehari. Jadi sama ada anda melancong untuk perniagaan, kesenangan atau rekreasi, hanya ada satu tempat yang mempunyai semua yang anda perlukan untuk membuat penginapan anda jauh dari rumah terasa sempurna – E & O Residences, sebuah syurga bandar di tengah-tengah salah satu bandar paling menarik di Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZLEY YAAKOB GEGAR VAGANZA 2021

Ini Pengertian Sebenar Tentang Lagu WO AI DE NI Nyanyian Fazley Yaakob

Intan Ladyana Sebagai Hos PHD Hebat Dinamik