in , ,

Band Cokelat Kembali Ke Malaysia Setelah 14 Tahun Ubati Rindu Peminat

Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat.

Band Cokelat, salah satu ikon dalam industri musik Indonesia, bakal membuat penampilan gah pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kehadiran mereka adalah berita gembira bagi peminat setia yang telah merindukan kehadiran band legendaris ini di atas pentas Malaysia.

Setelah berpisah selama 12 tahun, Cokelat kembali bersatu pada 17 Ogos 2022 melalui persembahan yang menggemparkan pada perayaan Hari Kemerdekaan Indonesia. Kembalinya vokalis Kikan dan drummer Ervin dirayakan dengan kegembiraan oleh seluruh peminat melalui media sosial, memberikan harapan baru bagi masa depan band ini.

Konsert Cokelat Kembali Ke Malaysia Setelah 14 Tahun Bakal Ubati Rindu Peminat

Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini.

Konsert Cokelat Kembali Ke Malaysia Setelah 14 Tahun Bakal Ubati Rindu Peminat

Terbaharu,  Kikan mewakili Cokelat berkata, “Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia”.

“Kami merindukan Malaysia dan peminat setia kami di sana. Persembahan ini adalah kesempatan bagi kami untuk menyampaikan terima kasih atas sokongan mereka yang tiada henti,”

– Kikan

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services selaku penganjur konsert Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Konsert Cokelat Kembali Ke Malaysia Setelah 14 Tahun Bakal Ubati Rindu Peminat

Tanjak Global Services juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun.

“Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang”

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,”

Konsert Cokelat Kembali Ke Malaysia Setelah 14 Tahun Bakal Ubati Rindu Peminat

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing),

Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (Per Pax) (8 Pax Per Room) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen KAO Malaysia Dengan Kerajaan Selangor Kini Giat Banteras Denggi

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus Cinta, Terbuka Terima Cinta Baru?