Konsert ATAS BIG JAN SHOW bakal dianjurkan oleh BijanFX Productions, #ATASBIGJANSHOW akan berlangsung di Bentley Music Auditorium, pada 26 JanUari 2019. Konsert ini boleh dikatakan sebagai sepak mula (“KickStarter”) bagi kalendar muzik tempatan dengan meraikan 10 artis yang baru meriliskan album pada 2018 dan 2019.
“Idea asal #ATASBIGJANSHOW ini adalah untuk mempromosikan lagi rilisan-rilisan tempatan. Banyak wang, masa dan tenaga dicurahkan utk pembikinan EP serta Album tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan melancarkan single sahaja. Kita nak kembali menggalakkan pendengar membeli album dan dalam masa yang sama arti dan band untuk mengeluarkan album,”
– Najib
Senarai Band Yang Perform
Seven Collar T-Shirt merupakan salah satu tarikan utama bagi konsert ini. Mereka baru sahaja melancarkan album ke-4 mereka yang bertajuk “MURDER” pada bulan lepas dan ini merupakan persembahan konsert pertama mereka setelah hampir setahun kerana sibuk menyiapkan album tersebut.
Juga bakal menjadi tumpuan utama juga adalah Iqbal M. , Band yang bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd ini bakal melancarkan album sulung mereka pada bulan Febuari 2019 tetapi akan mencetak album mereka (terhad) khas untuk dijual pada hari konsert ini nanti.
Barisan artis lain yang turut akan membuat persembahan nanti terdiri dari The Venopian Solitude, The Fatalis, Hacktick, StrikeOut, Cora, Leaism, Budak Nakal Hujung Simpang danTIM.
“Kadang kala band / audiens pergi menonton persembahan tetapi tidak puas sebab dapat tengok artis kegemaran bermainb dalam durasi 20 minit sahaja. Band pun kadang tidak puas sebab slot pendek dan tidak dapat melakukan persembahan dan mempromosikan lagu-lagu lain dalam album. Melalui #ATASBIGJANSHOW ini, kami memang mahu menggalakkan band all out untuk bermain dalam set yang mereka idamkan selama ini. Team Sound & Lights akan cuba sehabis baik untuk pastikan semua orang iaitu band/ audiens balik puas hati,”
– Najib
Konsert ini disokong padu oleh VANS and HAUSBOOM. Turut berkolaborasi bagi menganjurkan konsert ini adalah TAPAUtv(Media Partner) dan Fork&Spoon Entertainment(Production Partner).
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri potensi muzik industri yang kaya dengan pelbagai genre / karekter.
Tiket kini hanya boleh didapati di venue pada hari konsert dengan harga RM 50. Untuk infomasi lain & terkini berkenaan konsert ini sila ikuti laman media social @TAPAUtv dan @atas_bybijanfx
#ATASBIGJANSHOW
Sambil-sambil itu, boleh turut layari laman social rasmi artis/band yang akan membuat persembahan.
@iqbalm.rasmi // @thevenopiansolitude // @hacktick // @tim_melodicpunk // @leaism //
@thefatalis // @coraband // @strikeoutband // @budaknakalhujungsimpang // @sevencollartshirt