[dropcap]T[/dropcap]inggal dua hari saja lagi akan berlangsungnya konsert Asia Super Showcase kali kedua – Asia Super Showcase in Malaysia 2013, menampilkan kumulan K-pop sensasi Shinhwa, Girls Generation dan AOA.
Namun konsert yang sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Mei (Ahad ini), jam 8.30 malam itu, telah ditunda. Berita tersebut secara rasmi diumumkan oleh pihak penganjur, Mactensia Concerts dengan kerjasama Universal Music Malaysia, hari ini.
Berikutan dari penangguhan ini, ramai peminat telah buat protes dan melahirkan rasa marah mereka di lama sosial. Ramai antara mereka yang dah siap-siap membeli tiket penerbangan dan penginapan di Kuala Lumpur, terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.
Menurut satu kiriman email dari pihak penganjur yang baru Budiey terima petang tadi, konsert tersebut serta-merta ditunda atas sebab ‘situasi terkini keadaan negara’ dan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutamanya peminat-peminat.
Keputusan dibuat selepas perbincangan daripada semua rakan penganjur tempatan dan juga luar negara.
Shinhw
Pihak penganjur memohon maaf dan berjanji akan mengumumkan semula tarikh baru dan lokasi konsert tersebut, dalam masa sebulan mulai hari ini.
Bagi peminat yang tidak dapat hadir pada tarikh konsert yang baru nanti, mereka boleh mendapatkan semula wang tiket mereka dan pengumuman akan dibuat bagi makluman untuk menuntut semula wang tersebut.
Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/MarctensiaConcerts atau www.marctensia.com atau www.facebook.com/UMMChinese atau www.universalmusic.com.my