Siaran Langsung Konsert Amarkala Deepavali Dari Little India, Brickfields
Kawasan sekitar Little India, Brickfields malam ini dimeriahkan dengan ribuan warga kota pelbagai kaum termasuk pelancong membanjiri sekitarnya meraikan konsert terbuka ‘Amarkala Deepavali 2012’ yang diadakan sempena sambutan Deepavali tahun ini.
Upacara sambutan bermula jam 9 malam yang turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV2 ini pastinya mampu membangkitkan semangat bagi meraikan perayaan itu dalam suasana lebih meriah dan menghiburkan.
Konsert Amarkala Deepavali 2012 diterbitkan Unit Hiburan TV RTM turut diserikan dengan persembahan artis iaitu Hashmitta Selvam (lagu Indru Vaazhnthidalaam), Iris (lagu Soi Soi), Ganeson (lagu Veenam Machan), Ratna, Iris dan Darshaini (lagu En Jannal Vandha), Logeswaran (lagu Germiniyin Senthen Malare), Manivannan (lagu Adi Ennadi Rakkamma), Ratna Gowri (lagu Malarendra Mugam Indru Sirikattum), K Town Clan (lagu Give Them The Ughh), K Town Clan (lagu Party Animal), Alinda Alfonse (lagu Will You Be There?) dan lagu Deepavali Deepavali dinyanyikan oleh semua artis.
Penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan lagu disampaikan secara duet daripada artis termasuklah Ganeson / Darshaini (lagu Google Google), Manivannan / Ratna G (lagu Oru Kili), Logeswaran / Shan (lagu Whistle Podu), Wakaka Deluxe, Asthana dan Era (lagu Dance Naa Romba Romba), Alinda Alfonse / Shan (lagu Naani Koni) juga Logeswaran / Darshaini (lagu Sir Udane Varuvaara).
Diselitkan lawak jenaka daripada Sathiya, Caca dan Gunseh menghiburkan orang ramai yang membanjiri kawasan Little India, Brickfields dan juga penonton yang menyaksikannya secara langsung di rumah. Konsert dijadualkan berlangsung sepanjang dua jam ini menampilkan gamdingan empat pengacara Dev, Hari, Aruna dan Priya yang merupakan DJ Radio MINNALfm.
Konsert turut dihadiri oleh YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz (Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan YB. Datuk M. Saravanan (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar).