in

Konsert Alicia Keys Set The World On Fire di Malaysia

Berita baik untuk semua peminat setia penyanyi sengatan vokal berbisa dengan aura R’n’B yang popular, Alicia Keys, pelantun lagu Girl on Fire ini telah mengumumkan akan terbang ke Kuala Lumpur sempena Konsert Jelajah Set The World On Fire yang akan berlangsung pada 27 November 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Wow, Budiey rasa sangat teruja dengan pengumuman ini kerana Budiey antara jutaan peminat Alicia Keys jugak!

[pullquote align=”right”]Tiket ke Concert Alicia Keys Set The World On Fire Tour ini akan mula dijual pada dua hari yang lalu dan mendapat sambutan hebat dan sangat laris di hari pertama jualan. [/pullquote]

Konsert yang bakal diadakan selama 90 minit itu dibawakan oleh BlackBerry dengan kerjasama syarikat telekomunikasi tempatan Celcom First. Konsert ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Malaysia Major Events (MME), dan merupakan satu bahagian dalam Konvensyen Malaysia dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB).

Budiey dengar khabar, Alicia Keys yang menjadi duta kepada produk BlackBerry ini bakal menggegarkan Stadium Putra dengan diiringi oleh kumpulan muzik, penari dan penyanyi latarnya. Beliau juga akan menampilkan lagu-lagu dari albumnya dan sudah pasti ramai d iantara pembaca yang sudah tidak sabar untuk melihat persembahan Alicia Keys di depan mata anda. Betul tak?

Peraduan Menang Tiket Ke Konsert Alicia Keys Set The World On Fire di Malaysia

Kepada pembaca BudieyDotCom yang ingin mendapatkan tiket, bolehlah menyertai peraduan-peraduan yang disiarkan di radio dan juga majalah. Antaranya, Budiey ada dengar Radio Red FM ingin memberikan 24 keping tiket konsert ini kepada pendengarnya sebelum jualan rasmi dibuat. Wow!

Pemenang 14 kali Anugerah Grammy yang pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2004 ini dijangka akan membuat persembahan paling gempak dengan mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular seperti ‘Fallin”, ‘No One’, ‘Girl On Fire’, ‘Unbreakable’, ‘My Boo’, ‘Superwoman’ dan banyak lagi.

Tiket konsert yang berharga RM155, RM195, RM295, RM395, RM495 dan RM595 akan dijual bermula 12 September dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Ticket Pro atau melalui telefon 03-7880 7999. Jualan secara online akan bermula tengah malam 11 September 2013 melalui www.ticketpro.com.my.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan konsert Alicia Keys ini di www.prworldwidelive.com.

Poster_Alicia Keys

Konsert Alicia Keys Set The World On Fire di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka TV9

Temubual Bersama Siti Nurhaliza dalam Malaysia Through The Decades