Khabar terbaru tentang penyanyi dari Indonesia, Afgan… beliau bakal terbang sekali lagi menghiburkan peminatnya. SIDES… Yeah… “SIDES” berbeza untuk peminat di Malaysia AFGAN kembali dengan persembahan satu malam. Tiket mula dijual pada 11 Julai berserta tawaran khas!
Bintang sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai AFGAN, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3hb September jam 8 malam.
Konsert AFGAN – SIDES Live in Malaysia 2016 di PWTC
[dropcap]K[/dropcap]onsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, SIDES selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love, Love To L1ve. Muzik SIDES kedengaran lebih matang dan pelbagai berbanding dengan kerja-kerja album terdahulu. Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun AFGAN berpegang teguh pada nuansa R & B namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.
[pullquote align=”right”]Terkenal dengan lantunan vokal beliau yang hebat menerusi lagu-lagu seperti Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out, kehadiran AFGAN di layar perak juga dapat dirasai. Dia juga berjaya menduduki satu kerusi panel juri program realiti, X Factor Indonesia menggantikan penyanyi Anggun.[/pullquote]
Dalam belantara filem Indonesia, selain diberi peranan utama dalam Cinta 2 Hati dan Refrain, AFGAN juga bergelar salah seorang sutradara filem Gila.
Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram, Afganisme, iaitu gelaran untuk peminat setianya, mereka ini bukan saja datang dari tanah airnya sendiri tetapi merangkumi negara Asia yang lain seperti Brunei, Singapura dan sudah tentu Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan EP dan 4 album termasuk yang terbaru SIDES. AFGAN juga pernah bekerjasama dengan nama- nama besar lain seperti Bebi Romeo, Rossa, Raissa dan Taufik Batisah, sedangkan untuk album terbaru SIDES ini AFGAN bekerjasama dengan muzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran) dan artis Malaysia SonaOne.
Sepanjang bergelar anak seni, AFGAN menerima 5 anugerah daripada 19 pencalonan di Anugerah Muzik Indonesia (AMI). Di luar Indonesia, beliau juga pernah memenangi Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik dan Pertubuhan Harta Antarabangsa Dunia (WIPO) atas kreativitinya dalam muzik. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy.
Tiket untuk AFGAN SIDES Live in Malaysia 2016 dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat). Seramai 500 pembeli awal layak untuk menikmati diskaun 10% bermula 11 Julai hingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket, kecuali Diamond VIP, tertakluk kepada terma dan syarat. Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian +603 7982 5523 mulai 11 Julai. Pakej eksklusif itu membolehkan pembeli mendapatkan tempat duduk di tiga baris pertama di hadapan, pas untuk sesi soundcheck, bergambar dengan AFGAN, album yang ditandatangani serta poster konsert. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST dan yuran pemprosesan RM4.
Konsert ini dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle, Trinity Optima Production sebagai Syarikat Pengurusan Artis; SRC sebagai Label Rekod; Sinar FM sebagai Stesen Radio Rasmi; Red Box dan Green Box sebagai Rakan Kongsi Promosi; TicketCharge sebagai Ejen Tiket dan Sega Irama sebagai Sokongan Teknikal.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari Dazzling Lifestyle di https://www.facebook.com/DazzlingLifestyle.my atau dazzling_lifestyle (https://www.instagram.com/dazzling_lifestyle) di Instagram.