in , ,

Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur 28 Disember 2024

Pasangan popular dari negara jiran, Afgan dan Lyodra, akan menghiburkan peminat setia mereka di Malaysia dalam konsert epik bertajuk “ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR”. Konsert ini akan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur dan dibawakan khas oleh Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkemuka negara.

Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Pada 28 Disember 2024

Konsert ini turut ditaja oleh jenama kosmetik terkenal tempatan, Alha Alfa, bersama penganjur bersama Intan Gelombang dan Futurace.

Segala maklumat terperinci mengenai konsert ini masih lagi menjadi tanda tanya dan akan dijelaskan dalam sidang media khas yang dijadualkan pada bulan Ogos nanti. Namun, satu perkara yang pasti adalah jualan tiket akan bermula pada 10 Julai 2024 (Rabu), jam 12:00 tengah hari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Semua tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor, membolehkan pembeli memilih kategori yang dikehendaki dengan tempat duduk terbaik akan dikhaskan bagi setiap kategori pilihan.

Untuk pembeli awal pada 10-11 Julai 2024, harga istimewa ‘early bird’ akan ditawarkan untuk kategori-kategori berikut:

  • Pesan Terakhir: RM258 (harga biasa RM358)
  • Escape: RM338 (harga biasa RM438)
  • Sang Dewi: RM458 (harga biasa RM558)
  • Panah Asmara: RM488 (harga biasa RM588)
  • Ada VIP: RM588 (harga biasa RM688)
  • Ada VVIP: RM1,288 (harga biasa RM1,488)
Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Pada 28 Disember 2024

Keistimewaan buat pembeli kategori Ada VVIP termasuk peluang menghadiri sesi ‘meet & greet’, menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, serta sajian makanan dan minuman ringan.

Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan tiket anda segera untuk menyaksikan konsert “ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR” dan nikmati pengalaman muzik yang luar biasa!

Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Pada 28 Disember 2024
Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Pada 28 Disember 2024

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa & PU Riz Buka Nunha Store Pertama di MyTown, Kuala Lumpur

Ulasan Filem Paku Tanah Jawa, Kisah Mistik Legenda Urban di Gunung Tidar