in , , , , ,

Akim, Black, Tomok & Hazama Bergabung di Konsert 4G Di Istana Budaya

Penyanyi popular Black, Hazama, Tomok dan Akim bakal memukau peminat dengan alunan suara merdu serta melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega. Julung kali disatukan, keempat mereka yang mempunyai barisan lagu yang cukup popular , dengan lagu-lagu “Anugerah Terindah” , “Mana Mungkin” dan “Sofea Jane” daripada Black , “CInta Teragung” , “Malaikat” dan “Penglipur Lara” daripada Hazama , “Sejarah Mungkin berulang” , “Bagaikan Bidadari” dan “Arjuna” oleh Tomok serta Akim dengan “Bengang” dan “Mewangi”.

Akim, Black, Tomok & Hazama Bergabung di Konsert 4G Di Istana Budaya

Dinamakan sebagai Konsert 4G , Black , Hazama , Tomok dan Akim , paduan suara dengan tagline “Gabungan Melodi Terindah” itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Istana Budaya .

Walaupun masing-masing mempunyai lagu-lagu popular dikalangan para peminat , yang pastinya antara mereka bukanlah muncul sebagai artis solo , tapi sebagai penyanyi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu yang didendangkan.

Dengan kata lain, mereka bagaikan satu “group” gabungan penyanyi masakini dan yang telah lama membina nama di Panggung Sari , Istana Budaya .

“Idea menggabungkan empat atau tiga penyanyi dalalm sesebuah konsert memang tidak asing.

Repertoirnya lebih focus terhadap persembahan duet beramai-ramai dan akan akan menyampaikan lagu-lagu hits di beberapa hits dari penghujung 70an hingga sekarang yang telah memberi inspirasi kepada setiap mereka dan menjadikan mereka seperti hari ini.

Begitupun persembahan secara solo dan menyampaikan lagu hits masing-masing tetap akan dipersembahkan.

“Untuk 4G , konsepnya lebih kepada penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu , semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi , Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,”

– Belbis

Selain itu susunan muzik diterajui oleh composer dan Pengarah Muzik hebat tanahair Aubrey Suwito Pop Orchestra bergabung bersama pemuzik-pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya pastinya menambahkan kehebatan Konsert 4G nanti .

Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti dan M. Nasir Sang Pencipta , pihak Belbis yakin dengan pemilihan Black , Hazama , Akim dan Tomok untuk dua malam persembahan dan menjanjikan hiburan yang berbaloi .

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vocal serta identity muzik tersendiri.

Untuk konsert nanti kami hanya perlu memenuhkan 2600 tempat duduk di Istana Budaya untuk dua malam persembahan

“Secara puratanya, empat penyanyi itu ada enam juta pengikut dalam laman social .

Dari angka itu, nampaknya mereka ada sokongan korporat dan peminat muzik tanah air .

Penganjur juga sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi hotile kami,”

– Belbis

Sebagai kelainan yang dijangka untuk menambahkan aura empat sekawan 4G Black, Hazama, Akim dan Tomok kini dalam proses menghasilkan sebuah single terbaru.

Dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April 2020, secara tidak langsung , konsert anjuran Belbis Sdn bhd juga menjadi agenda istimewa menghangatkan calendar Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tiket-tiket berharga RM98, RM248, RM348, RM 428 dan RM518 mula dijual sejak Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com

Penganjur juga menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 tempat pada setiap malam persembahan .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Momen Geng Pagi Hot Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya