Pada malam Ahad, 11 Disember yang lalu, Budiey buat pertama kalinya bertandang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk buat liputan program realiti 3 Juara yang telah mementaskan Konsert Battle ke-5. Budiey rasa sangat teruja untuk menemubual kesemua peserta kerana ini adalah kali pertama Budiey nak berkenalan dengan mereka. Tapi tu lah, pada malam itu perkenalan kami tak lama sebab seramai enam orang peserta terpaksa disingkirkan.
Yang penting, para penonton telah disajikan dengan pelbagai situasi yang mencampur perasaan mereka apabila teruja melihat persembahan Afgan dan Dato’ Rossa, seronok dengan Dato’ M. Daud Kilau, dan sedih apabila melihat dua peserta daripada setiap genre yang mendapat markah terendah meninggalkan rancangan realiti itu.
Tahniah Buat 12 Peserta Mara Yang Ke Separuh Akhir
Malam itu, keenam-enam peserta genre Irama Malaysia, Balada, dan Rock telah membuat persembahan secara berpasangan buat kali kelima dengan pasangan yang berbeza. Persembahan mereka telah dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton telah mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.
Penonton, juri tetap dan produser telah diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan itu. Malam ini, kesemua 18 orang peserta akan membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:
Peserta | Genre | Nama Lagu |
Kudien VS Eva Maria | ROCK | SURALAYA DALAM D MAJOR |
Arul VS Arill | ROCK | AMPUNKAN AKU / IRIS |
Indra VS Ayien | ROCK | AKAN KU TUNGGU |
Salma VS Appril | BALADA | POWER OF LOVE |
Aqeem VS Hady | BALADA | BUKAN DIRIKU |
Eeza VS Azumi | BALADA | DUA INSAN |
Nura VS Rahman | IRAMA MALAYSIA | SEROJA |
Tyka VS Zayani | IRAMA MALAYSIA | HATI KAMA |
Hazra VS Azizul | IRAMA MALAYSIA | JOGET DENDANG SAYANG |
Kesimpulan pada malam itu, markah terkumpul para peserta adalah seperti dalam Carta Undian dibawah, dan dua peserta dengan markah terendah telah tersingkir:
Rock | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Arill | 1 | 3 | 3 | 2 | 1 | 10 |
Kudien | 2 | 3 | 0 | 2 | 2 | 9 |
Eva Maria | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 7 |
Indra | 2 | 0 | 2 | 0 | 3 | 7 |
Tersingkir | ||||||
Ayien | 1 | 1 | 3 | 1 | 0 | 6 |
Arul | 0 | 2 | 1 | 1 | 2 | 6 |
Irama Malaysia | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Azizul | 2 | 2 | 2 | 1 | 2 | 9 |
Nura | 1 | 1 | 3 | 2 | 2 | 9 |
Hazra | 2 | 2 | 2 | 1 | 1 | 8 |
Rahman | 1 | 3 | 1 | 2 | 1 | 8 |
Tersingkir | ||||||
Tyka | 2 | 1 | 0 | 2 | 2 | 7 |
Zayani | 1 | 0 | 1 | 1 | 1 | 4 |
Balada | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Aqeem | 0 | 3 | 3 | 2 | 2 | 10 |
Salma | 3 | 1 | 2 | 1 | 3 | 10 |
Appril | 3 | 0 | 3 | 2 | 0 | 8 |
Hady | 3 | 1 | 0 | 2 | 1 | 7 |
Tersingkir | ||||||
Eeza | 0 | 2 | 1 | 1 | 1 | 5 |
Azumi | 0 | 2 | 0 | 1 | 2 | 5 |
Setelah penyingkiran enam peserta 3 Juara itu, markah 12 peserta yang telah melayakkan diri ke perimgkat separuh akhir telah kembali ke sifar dan mereka akan bertarung semula dengan format yang sama selama tiga minggu separuh akhir. Pada hujung minggu separuh akhir ketiga, dua peserta dari setiap genre yang mendapat markah terendah turut akan disingkirkan, meninggalkan dua finalis dari setiap genre.
Pada Konsert Battle 5 itu juga, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Afgan, Dato’ Rossa, dan Datuk M. Daud Kilau. Afgan telah mempersembahkan single terbaharunya yang bertajuk ‘Ku Dengannya Kau Dengan Dia” dan persembahan duet bersama Dato’ Rossa dalam lagu ‘Kamu Yang Ku Tunggu’. Manakala, Datuk M. Daud Kilau telah mempersembahkan lagu ‘Gila Judi’.
Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi
3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).
Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.