Konsert Battle 3, 3 Juara telah berlangsung pada hari Ahad, 27 November lepas secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peserta kelihatan seperti semakin memahami konsep battle dan tidak memberi laluan mudah terhadap pihak lawannya apabila persembahan mereka membuatkan para juri professional terdiam tanpa sebarang komen.
Menurut juri professional Irama Malaysia, Noraniza Idris,
“Secara keseluruhan para peserta sudah menampakkan peningkatan yang ketara. Mereka sudah matang dan faham tentang konsep battle, dan di bahagian mana mereka perlu tekankan dan bahagian mana mereka tidak perlu ad lib. Persembahan mereka semakin menarik kerana mereka sudah pun mempunyai identiti masing-masing.”
“Walau bagaimanapun, komen saya terhadap peserta Irama Malaysia, seperti yang telah kita lihat dalam persembahan mereka pada malam ini dan minggu sebelumnya juga, Pak Ngah telah memberikan mereka alunan Ting Ting, rentak Melayu. Saya cadangkan agar Pak Ngah menguji kebolehan mereka dengan rentak etnik seperti Jawa. Bagi saya persembahan mereka akan menjadi lebih menarik sekiranya para peserta dapat menggabungkan irama ting ting, atau rentak Jawa dengan elemen etnik Sarawak atau etnik yang lain. ”
Memaparkan gabungan lagu-lagu lama dan kontemporari, setiap pasangan yang telah berentap pada malam itu telah mendapat mata (markah) untuk mereka kumpul sehingga minggu penyingkiran kelak.
Senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh para peserta pada malam itu adalah seperti berikut:
Peserta | Genre | Nama Lagu |
Kudien VS Arill | ROCK | ARJUNA |
Eva Maria VS Ayien | ROCK | ALA AMERIKA |
Arul VS Indra | ROCK | TINGGALKAN SATU PELURU |
Salma VS Eeza | BALADA | AKU CINTA AKU RINDU |
Aqeem VS Azumi | BALADA | CINTA SUKAR DITAFSIRKAN |
Hady VS Appril | BALADA | SELAGI ADA CINTA |
Nura VS Tyka | IRAMA MALAYSIA | GERIMIS MENGUNDANG |
Hazra VS Zayani | IRAMA MALAYSIA | KAU PERGI TANPA PESAN |
Rahman VS Azizul | IRAMA MALAYSIA | ANDALUSIA |
Selesai dengan persembahan kesemua peserta, ketiga-tiga pengacara 3 Juara, Ammar, Issey, dan Mira Filzah mendedahkan giliran persembahan peserta di Konsert Battle 3 yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini. Konsert Battle 2, 3 Juara malam itu diakhiri dengan persembahan lagu ‘Ingga’ oleh Amir Jahari.
Setelah selesai konsert Battle 3, 3 Juara Ahad lepas, jumlah markah yang telah dikumpul para peserta adalah seperti dalam Carta Undian di bawah:
Rock | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Eva Maria | 3 | 0 | 0 | 3 | ||
Kudien | 2 | 3 | 0 | 5 | ||
Indra | 2 | 0 | 3 | 5 | ||
Arill | 1 | 3 | 3 | 7 | ||
Ayien | 1 | 1 | 3 | 5 | ||
Arul | 0 | 2 | 1 | 3 | ||
Irama Malaysia | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Hazra | 2 | 2 | 2 | 6 | ||
Azizul | 2 | 2 | 2 | 6 | ||
Tyka | 2 | 1 | 0 | 3 | ||
Zayani | 1 | 0 | 1 | 2 | ||
Nura | 1 | 1 | 3 | 5 | ||
Rahman | 1 | 3 | 1 | 5 | ||
Balada | ||||||
Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Battle 4 | Battle 5 | Jumlah | |
Salma | 3 | 1 | 2 | 6 | ||
Hady | 3 | 1 | 0 | 4 | ||
Appril | 3 | 0 | 3 | 6 | ||
Eeza | 0 | 2 | 1 | 3 | ||
Azumi | 0 | 2 | 0 | 2 | ||
Aqeem | 0 | 3 | 3 | 6 |
Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Persembahan mereka setiap minggu akan dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.
Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan peserta, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan malam ini. Pengumpulan mata ini akan berterusan tanpa penyingkiran selama 5 minggu sebelum Konsert Separuh Akhir 3 Juara.
3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).
Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.