in ,

Konsert 3 Juara Bakal Berakhir Dengan Juara Antara Juara

Konsert Separuh Akhir 2, 3 Juara pada malam Ahad lepas telah diakhiri dengan satu pengumuman menggemparkan. Pengacara 3 Juara, Mira Filzah telah mengumumkan bahawa rancangan realiti 3 Juara yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari, akan dilanjutkan satu lagi episode yang dinamakan Grand Finale 3 Juara pada 15 Januari 2017.

Oleh itu, rancangan realiti yang mencari tiga orang juara itu, tidak lagi akan berakhir sedemikian, kerana di akhir episod Grand Finale 3 Juara, tiga orang akan berentap buat kali terakhir demi merebut gelaran Juara Antara Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Menurut Penerbit Eksekutif 3 Juara, Encik Muhamad Sufian Che Isa,

“Dengan besar hati kami melanjutkan episod 3 Juara ini setelah mendapati prestasi peserta semakin bertambah baik dari minggu ke minggu. Terutamanya apabila komposer-komposer kita, Pak Ngah, Edrie Hashim, dan Ajai telah membuktikan kebolehan mereka untuk mengubah genre dan mash-up sesebuah lagu menjadi sesuatu yang lebih menarik. Dengan gabungan kebolehan para peserta dan komposer-komposer tersohor ini, kami yakin bahawa untuk menobatkan seorang Juara Antara Juara adalah tidak mustahil. Walau bagaimanapun, corak atau format pertandingan Konsert Grand Finale 3 juara masih belum ditentukan.”

Selain itu, persembahan Medley telah diteruskan dalam Konsert Separuh Akhir 2, 3 Juara malam itu. Malam itu, keempat-empat peserta genre Irama Malaysia, Balada, dan Rock telah membuat persembahan secara medley buat kali kedua dengan pasangan berbeza. Persembahan mereka tetap dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan itu. Malam ini, kesemua 12 orang peserta akan membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:

PESERTA GENRE NAMA LAGU
KUDIEN VS ARILL ROCK BERANI MATI / WANITA SELURUH DUNIA
RAHMAN VS AZIZUL IRAMA MALAYSIA ZAKIAH / GALI LOBANG TUTUP LOBANG
SALMA VS APPRIL BALADA CAMAR YANG PULANG / SETELAH AKU KAU MILIKI
INDRA VS EVA MARIA ROCK SWEET CHILD OF MINE / HELENA
HAZRA VS NURA IRAMA MALAYSIA ISABELLA / MANIRA
HADY VS AQEEM BALADA SETENGAH MATI MERINDU / TERIMA KASIH CINTA

Pada Konsert Separuh Akhir 2 ini juga, para penonton akan dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Projek Pistol, Mus May, dan Aweera. Projek Pistol akan membuat persembahan di awal Konsert Separuh Akhir 2, 3 Juara ini dengan lagu mereka “Kaca dan Batu, Here I Go Again & Are You Gonna Go My Way”. Manakala, Mus May dan Aweera akan mempersembahkan lagu medley ‘Cintamu Mekar di Hati dan Sketsa Sebuah Cinta’ di pertengahan program.

Bermulanya perlawanan peringkat Separuh Akhir minggu lalu, markah kesemua peserta telah kembali kosong, dan mereka perlu mengumpulnya semula sehingga Konsert Separuh Akhir ketiga. Dua peserta yang mempunyai markah terendah pada minggu ketiga itu akan tersingkir. Markah mereka dicatat dalam Carta Undian dibawah:

Rock
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Kudien 3 1 4
Eva Maria 3 1 4
Arill 0 2 2
Indra 0 2 2

 

IRAMA MALAYSIA
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Hazra 2 2 4
Azizul 1 3 4
Nura 2 1 3
Rahman 1 0 1

 

BALADA
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Salma 2 2 4
Appril 2 1 3
Hady 1 2 3
Aqeem 1 1 2

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Konsert 3 Juara Separuh Akhir 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jessie Chung Layak Terima Platinum Jualan Album Laris

Video Viral Peminat Bergaduh dalam Pawagam Apa Kata Zulin Aziz