in

Konsep Muzik Terbaik Tanpa Henti Berjaya Naikkan SURIA FM

PENINGKATAN PENDENGAR SURIA FM BUKTI KONSEP

‘MUZIK TERBAIK TANPA HENTI’ BERJAYA

Peningkatan pendengar mingguan Suria FM sebanyak 21 % sepanjang 12 bulan merupakan perkembangan paling besar berbanding pesaing utama lain. Berdasarkan keputusan terbaru Survey AC Nielsen, secara umumnya, pendengar radio berbahasa Melayu mengalami penurunan sebanyak 2.5 % bagi tahun 2009 berbanding 2008. Bagaimana pun, Suria Fm tetap berjaya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun. 

  

Pendengar Suria Fm di sebelah Pantai Timur tanahair meningkat sebanyak 38 % dan pendengar di bahagian Utara pula mencatatkan peningkatan sebanyak 19 % jika dibandingkan dengan keputusan Survey ke 2 bagi tahun 2008. 

Tambahan lagi, jumlah ‘Pendengar Eksklusif’ Suria FM turut menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 67 % berbanding 2008. Keputusan  Survey terbaru ini juga, turut mengesahkan pendengar Suria FM yang berpendapatan antara RM3K – RM4K meningkat sebanyak 41 % berbanding survey lepas. Peratus kenaikan ternyata lebih tinggi berbanding pesaing lain. 

Selain itu, jumlah ‘Pendengar Urban’ Suria FM turut mencatatkan peningkatan sebanyak 6% berbanding survey lepas dan peningkatan lebih tinggi dari pencapaian pasaran. Hasil Survey terbaru juga menunjukkan ‘jangka masa mendengar’ bagi pendengar Suria FM meningkat sebanyak 7%.

Menurut COO Suria FM, Engku Emran, “Pendapatan tahunan Suria FM telah menunjukkan peningkatan sebanyak 35% sehingga september 2009 jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun lepas. Tahun 2009 merupakan kejayaan kepada Suria FM  dengan pengenalan kepada konsep 50 Minit Muzik Tanpa Henti, 105 minit Muzik Maraton disamping pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun. Kami berterima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang terus memberikan sokongan dan juga kami turut mengalu alukan kehadiran pendengar baru. Teruskan sokongan anda dengan mendengarkan Suria FM dan nantikan kejutan yang lebih hebat di tahun 2010 tak lama lagi.!” 

Tahniah Suria FM. Semoga terus sukses~!

Barisan penyampai Suria fm:-

TUAH ZOQARNAIN & ZIZI 
Program: BREAKFAST@SURIA (6 pagi – 10 pagi,   Isnin – Jumaat)   

MYRA 
Program: SURIALICIOUS (10 Pagi – 1 tghri,   Isnin – Jumaat)    

NAIM & BOB RINGGO   
Program: SURIANOVA (1 tghri – 4 ptg,   Isnin – Jumaat)  

ZAFF 
Program: SURIA DRIVE IN (4 ptg – 8 mlm,   Isnin – Jumaat)  

AKHTAR: 
Program: SURIA 8’11 (8 mlm – 11 mlm , Isnin – Jumaat)  

DJ LIN  
Program: SURIA CINTA (11 mlm – 2 pagi) 

Frekuensi Suria Fm: 
Lembah Klang  : 105.3 fm
Kota Bharu : 106.1 fm
Seremban : 107.0 fm
Ipoh : 96.0 fm
Melaka & Johor Utara : 88.5 fm
Johor Bahru : 101.4 fm
Kuantan : 96.1 fm
Kota Kinabalu : 105.9 fm
Kuala Terengganu : 102.4 fm
Perlis, Kedah & P.Pinang : 106.9 fm  
Taiping : 91.7 fm

Layari www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon

Quotes of The Day: Saya Rasa Lega – Qabil Ambak