Ketika itu, laman media sosial menjadi hangat sehingga mencetuskan perbalahan di antara peminat-peminat Naim Daniel dan Diva AA. Tidak cepat melatah dengan posting itu, Naim Daniel kemudiannya tampil di laman Instagramnya dan menjawab kenyatan Diva AA dengan kata-kata yang positif dan merendah diri.
Perkara sama kemudiannya turut dilakukan Diva AA yang tampil memberi penjelasan terhadap pendapat yang dikongsikanya sebelum itu terhadap.
Kini selepas hampir 7 bulan, kedua mereka dilihat tampil dalam satu video yang dimuat naik Naim di Laman Instagramnya.
Menerusi video sama dia turut berkongsi keratan lama berkaitan isu yang pernah terpalit membabitkan mereka berdua.
Yang menariknya didalam video tersebut jelas dilihat kemesraan di antara mereka jauh berbanding apa yang pernah berlaku pada Februari lalu.
Gurauan mereka berdua juga dilihat tidak dibuat-buat dimana Diva AA turut dilihat mempromosikan lagu terbaru Naim , ‘Purnama’ yang dijangka keluar tidak lama lagi.
Malah Diva AA turut menyanyikan beberapa rangkap lagu tersebut bersama penyanyi muda tersebut.
Kapsyen ringkas yang ditulis oleh Naim Daniel pada video tersebut iaitu “kasih dan sayang akan sentiasa menang,†menarik perhatian netizen di mana rata-rata mereka memuji keakraban di antara dua selebriti tersebut selepas apa yang telah berlaku di antara mereka sebelum ini.
Malah ramai netizen memuji Naim dengan menyifatkan dia sebagai salah seorang selebriti yang sentiasa dilihat positif walau berdepan apa sahaja situasi.