Susulan itu, anak keduanya iaitu Amir Shafiq Amzah memuat naik beberapa keping foto mereka sekeluarga beserta kapsyen sedih menerusi akaun TikToknya.
Kata Shafiq, manusia akan sentiasa berdepan dengan ujian dan meminta untuk menghargai keluarga sementara dikurniakan nikmat tersebut.
“Allah nak tarik nikmat sekejap je. Kita ni sentiasa akan diuji. Sementara
– Amir Shafiq Amzah
Allah masih pinjamkan nikmat bahagia pada kita ni, hargai la sebaik mungkin setiap ahli keluarga yang ada.
“Nanti bila dah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal. Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga,”
Dalam masa sama, Shafiq juga meminta orang ramai untuk mendoakan keluarga mereka yang masih bersatu.
“Hmmm. Doakan kami yang masih bersatu sebagai keluarga ya. Bismillah,”
– Amir Shafiq Amzah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan keluarganya yang ditimpa ujian besar ini.