Hari ini, pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil beri penjelasan setelah perkongsian foto dirinya bersama penyampai berita yang juga pengacara terkenal Hawa Rizwana telah mencetuskan spekulasi di kalangan netizen dan rakan selebriti.
Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana
Zizan, menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi foto dirinya bersama Hawa Rizwana menyatakan bahawa mereka akan menguar-uarkan satu berita tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka merestui dan mendoakan agar hubungan kedua-dua selebriti ini dibawa ke tahap yang lebih serius. Di samping itu, ada juga sebahagian rakan artis yang mengusik mereka dengan berseloroh tentang wajah yang seiras.
“Harap semua bertenang. Nanti kami akan menguar-uarkan. Kami janji.”-Tulis Zizan
Cetus Rasa Teruja Netizen & Rakan Selebriti
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja, malah ada yang turut mendoakan agar Zizan dan Hawa dijodohkan bersama.
“Muka sama, jodoh dah tu 😍.”-Ruhainies
“Amin awak juara.”-Datuk Seri Aliff Syukri
“APPROVED!.”-Nabila Razali
“KAMI TUMPANG GEMBIRA.”-Achey
“Jangan lupa jemput tau 😊.”-Datin Nina Juren
“Jan, date haritu aku dah locked untuk korang taw.”-Radin Era
Bagaimanapun, pelawak dan pengacara terbabit dipercayai sedang menjalani penggambaran sebuah projek seni yang melibatkan gandingan bersama.
Tampil Beri Penjelasan
Menyedari hantaran-nya itu telah menimbulkan salah faham di kalangan peminat dan rakan selebriti, Zizan tampil memberi penjelasan dengan hantaran terbaru yang menjelaskan bahawa niatnya hanya mahu menguar-uarkan cerita yang akan ditayangkan di televisyen, menampilkan dirinya dan Hawa Rizwana sebagai pelakon dalam cerita berkenaan.
“Saya nak rakyat Malaysia bertenang dulu. Posting itu tadi niat saya hanya mahu menguar-uarkan cerita yang bakal kami keluarkan tu. Sebab ini adalah lakonan pertama Hawa.
Dia jadi lain pulak ceritanya ya. Dia jadi orang ingat saya ada apa-apa dengan Hawa. No, bukan itu ceritanya.”-Jelas Zizan