Berkongsi kisah cinta sejati milik pasangan Farhan dan Dian yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita. Benarlah kata orang tua, perkara yang baik eloklah disegerakan. Ia termasuklah perkara berkaitan jodoh bila mana pasangan itu bertunang dalam tempoh yang lama pasti akanada saja ujian dan dugaan yang melanda. Terpulang bagaimana pasangan tersebut untuk mengendalikannya bagaimana dan tindakan yang patut diambil.
[pullquote]Konflik Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong dan Syatilla Melvin Dalam “Bintang Hati” Di TV2. Menerusi slot Citra, TV2 mempersembahkan telefilem-telefilem menarik pada setiap hari Selasa pada jam 10.00 malam.[pullquote]
Penonton TV2 dapat menyaksikan telemovie hebat bertajuk “Bintang Hati” pada 24 Februari ini, yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong dan Syatilla Melvin selain turut dibantu oleh Shaharuddin Tamby, Linda Helmi, Mustafa Kamal dan Aripah Damanhuri.
Menariknya drama ini mengajak penonton berkenalan dengan watak Farhan dan Dian sudah bertunang. Tetapi mereka mengambil masa yang lama untuk berkahwin kerana Farhan terlalu taksub mahu mengejar cita-citanya. Farhan bercita-cita untuk dinaikkan pangkat sebelum berkahwin selepas mendapat keparcayaan Datuk Halim.
Konflik bermula bila muncul Nia anak tunggal Datuk Halim yang baru bekerja di pejabat bapanya. Nia mula menunjukkan tanda tertarik dengan Farhan. Sejak itu Nia sering mencari peluang untuk mendekati Farhan. Cubaan Nia mendekati Farhan berjaya apabila Farhan telah mula mengabaikan Dian.
Kemuncaknya semasa sambutan hari lahir Farhan. Dian dan Farhan ada mengadakan temujanji untuk berjumpa. Namun malangnya Farhan leka dan menyambutnya dengan Nia dan rakan pejabat yang lain. Dia terlupa langsung kepada Dian yang setia menanti kehadirannya untu meraikan hari lahirnya bersama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dian yang kecewa kerana Farhan tidak datang, telah mengalami kemalangan dan parah di hospital. Farhan menyesal kerana kelalaiannya Dian kemalangan dan dia memohon maaf dengan Dian.
Lalu adakah permohonan maaf Farhan diterima oleh Dian atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan Nia ternyata begitu menyayangi Farhan. Ikuti kesudahannya hanya di TV2.