Peminat Miley Cyrus usah lepaskan peluang menyaksikan filem lakonan beliau yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), “The Last Song” mengisi slot Saturday Matinee di TV2 yang disiarkan pada 21 November ini, pukul 2.00 petang.
Konfik Anak Mangsa Penceraian Dalam Filem Inggeris “The Last Song”, Lakonan Miley Cyrus Di TV2
[dropcap]F[/dropcap]ilem yang diangkat dari novel karya Nicholas Sparks ini bercerita tentang Veronica Miller yang dipanggil Ronnie (Miley Cyrus) yang berubah perwatakannya menjadi remaja bermasalah setelah berlaku perceraian kedua orang tuanya. Sepanjang cuti musim panas, ibunya mengantar Ronnie dan adiknya, Jonah (Bobby Coleman) untuk tinggal bersama ayah mereka, Steve Miller (Greg Kinnear). Jika Jonah menganggap percutian itu mendekatkan semula dirinya dengan ayahnya namun Ronnie pula sebaliknya.
Ketika Ronnie melihat musang menggali dan memakan telur kura-kura laut yang bersarang di depan rumahnya, dia terus menghubungi orang yang bertanggungjawab melindungi telur-telur itu. Apabila pasukan keselamatan yang ditunggu tak tiba, Ronnie memutuskan untuk melindungi sendiri telur-telur itu di pantai.
Ketika itu muncul Will Blakelee (Liam Hemsworth), sukarelawan yang bekerja di akuarium. Mereka bersama-sama menjaga telur kura-kura laut itu hingga tanpa sedar hubungan mereka semakin rapat. Tapi tak lama selepas itu, Ashley (Mellisa Ordway), bekas kekasih Will menghasut Ronnie mengatakan Will memang jenis lelaki yang suka berpoya-poya.
Namun mereka berjaya menolak khabar angina tersebut dan hubungan mereka bertambah rapat dan mesra. Kebahagiaan itu ditambah pula dengan hubungan Ronnie dan ayahnya yang kembali jernih. Apatahlagi ayahnya berusaha membelikan gaun yang mahu dipakai Ronnie pada majlis perkahwinan saudara perempuan Will.
Kebahagiaan Ronnie tidak panjang apabila ayahnya tiba-tiba terjatuh ketika mengambil lampu untuk menyuluh jalan bayi kura-kura laut yang menetas supaya dapat menuju laut. Ronnie baru tahu bahawa ayahnya menderita kanser tahap akhir. Apalagi ketika Ronnie tak sengaja mendengar percakapan ayahnya dengan Will dan temannya.
Selama ini ayah Ronnie difitnah sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kebakaran di gedung gereja di kota itu. Namun sebenarnya orang yang bertanggungjawab adakah kawan kepada Will. Ronnie pun marah pada Will dan hubungan mereka retak.
Jonah lalu dijemput ibunya, sementara Ronnie berkeras untuk menemani ayahnya kerana tidak ingin membiarkan ayahnya menderita tanpa teman. Ronnie kembali bermain piano dan berusaha menyelesaikan lagu yang ditulis ayahnya. Ayah Ronnie tidak mampu lagi bermain piano dan menyelesaikan lagunya kerana tangannya sakit akibat penyakit yang dideritanya. Sayangnya ketika lagu terakhir ciptaan ayahnya itu dapat diselesaikan oleh Ronnie, ayahnya meninggal dunia.
Ketika Will datang ke upacara mengenang ayahnya, Ronnie dan Will pun berbaik semula. Ronnie memutuskan untuk mengambil biasiswa ke Julliard. Lalu apakah yang berlaku seterusnya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.